Cucur Ikan Bilis Bulat

Kembali lagi Che Nom kali ini, dengan resepi mesra orang bujang iaitu cucur bulat ikan bilis. Ha mana orang bujang, sila angkat tangan. Tapi mak-mak pun suka resepi macam ni tau.

Resepi ini sedikit berbeza dari resepi yang lain, sebabnya, adunan tepung, bilis dan bahan-bahan lain tu dibancuh dengan air yang panas menggelegak. Hasilnya, cucur yang bulat, rangup di luar dan lembut sangat di dalamnya dan yang paling penting bagi Che Nom, cucur guna resepi ni tak serap minyak sangat lepas goreng. Dah lah sedap dan rangup. Petang-petang layan sangat buat minum petang. Pekena pulak dengan teh O memang terbaik.

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 genggam ikan bilis
  • 2 biji cili merah
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 cwn tepung
  • Anggaran 2 cwn air panas
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk gula

Cara Penyediaan:

  1. Hiris nipis bawang besar dan daun bawang,
  2. Tumbuk kasar ikan bilis dan cili merah.
  3. Gaul sebati tepung gandum, bahan tumbuk kasar, hirisan bawang, daun bawang, garam dan gula sikit.
  4. Tuang air panas sikit-sikit dan gaul sebati. Pastikan adunan pekat bergumpal untuk senang buat bulat.
  5. Bila adunan dah sebati, tunggu sekejap adunan suam.
  6. Bulatkan adunan.
  7. Panaskan minyak dan goreng cucur sampai keperangan.
  8. Bila dah garing, boleh angkat dan toskan minyak.

Tip:

  • Siapa yang suka pedas boleh ganti cili merah dengan cili padi.
  • Kalau nak cucur flawless boleh potong dadu bawang besar.
  • Pastikan air panas betul-betul mendidih, kalau panas penapis air tu memang tak cukup.
  • Elak tambah tepung selepas tambah air panas, takut nanti cucur pecah selepas goreng.
  • Sapu minyak pada pinggan dan tangan untuk elak melekat.
  • Masa mula-mula goreng, kita kena tunggu lapisan luar keras baru alihkan.
  • Untuk dapat adunan yang gangup diluar dan lembut di dalam, kita kena kerap kacau dan alih-alihkan.
  • Sambil-sambil goreng, kita perlu tekan-tekan dan ratakan dengan sudip untuk bantu dapat permukaan cucur yang lincin.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.