
Resepi Churros
Churros rangup ala Che Nom, luar garing walau dah sejuk dan dalam lembut ngam-ngam. Cicah dengan sos coklat, memang jadi snek kegemaran anak-anak.
Bahan-bahan
Cara Buat Churros
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak di dalam kuali untuk goreng kemudian.
- 2Dalam periuk kecil masukkan air, susu, butter, gula dan garam. Panaskan sehingga cair dan mula mendidih. Tutup api dan angkat periuk ke tepi.
- 3Masukkan tepung dan esen vanila kemudian kacau sehingga tepung menjadi sekata dan adunan tidak berketul.
- 4Masukkan pula telur dan kacau sebati. Tuang adunan ke dalam piping bag yang sudah di pasang nozze.
- 5Paip adunan di dalam minyak panas dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan gaul bersama cinnamon sugar.
- 6Hidang bersama sos coklat.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Churros adalah sejenis snack yang berasaskan tepung dan dibancuh seperti kaedah chouz pastry, kemudian digoreng dan biasanya dihidangkan bersama sos coklat untuk dicicah. Churros sangat pupular di Sepanyol, France, Mexico, US dan beberapa negara lain. Ada berbagai jenis churros dan ianya berbeza mengikut negara masing-masing.
Ada resepi Churros yang gunakan telur yang banyak, tetapi setelah Che Nom cari info mengenai tekstur churros yang digemari adalah yang agak garing dan tidak terlalu lembut. Jadi, 1 biji telur sudah memadai dan tidak perlu diletakkan baking powder lagi. Anak-anak Che Nom sangat sukakannya dan walaupun sudah sejuk, bahagian luar churros ni masing lagi garing dan sedap dimakan. Cuba la ye :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan

Resepi Cakoi & Sos Pandan Kastard

Resepi Churros Rangup di Luar, Lembut di Dalam + Sos Coklat & Butterscotch

Resepi Aiskrim Homemade 3 Flavour

Resepi Tempe Goreng Rangup

Resepi Kerepek Gunting Pedas

Resepi Corndog ala Family Mart
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam



