Churros Rangup & Sos Coklat

Hi Semua, jom layan cara Che Nom buat Churros....yang bersalut cinnamon sugar...rangup sangat, dicicah bersama sos coklat yang pekat sedap. Buat minum petang memang terbaik lah. Berebut-rebut makan :)

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk churros:
    • 1 cawan / 250ml air
    • 1 sudu besar / 13g gula kastor
    • 1/4 sudu kecil garam (kalau guna mentega tak bergaram)
    • 1/4 cawan / 56g mentega
    • 1 cawan / 125g tepung gandum
    • 2 biji telur
    • 1 sudu kecil esen vanilla
    • minyak masak, untuk menggoreng
  • Bahan-bahan untuk sos coklat:
    • 1 cawan / 125g dark chocolate (coklat masakan, yg bar pun ok)
    • 1/2 cawan /125ml susu full cream
    • 2 sudu besar / 28g mentega (kalau guna mentega tak bergaram)

Cara Penyediaan:

  1. Cara untuk masak churros:
    1. Masukkan air, gula kastor, garam (kalau guna unsalted butter) dan mentega kedalam periuk dan panaskan sampai mendidih.
    2. Tutup api dan masukkan tepung gandum.
    3. Masak tepung sampai bergumpal keras dan lincin baru doh tak lembik (kacau tepung anggaran 10-15 minit).
    4. Sejukkan 5-10 minit.
    5. Masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan tepung tadi, jangan masuk semua telur sekali, kalau masuk sebiji dah lembik, tak perlu lagi masuk telur yang ke 2.
    6. Kemudian masukkan esen vanila dan kacau lagi sehingga sekata.
    7. Sediakan piping bag, gunting dihujuk plastik dan masukkan nozzle.
    8. Masukkan adunan dalam piping bag.
    9. Panaskan minyak dan pipe doh tadi mengikut size dan panjang yang anda suka.
    10. Angkat bila keperangan.
    11. Gaul gula kastor dan sedikit serbuk kayu manis.
  2. Cara untuk masak sos coklat:
    1. Cairkan coklat gelap, susu full cream dan mentega.
    2. Kacau sampai larut.
    3. Masukkan secubit garam (kalau guna butter tak bergaram).

Tip:

  • Kalau takde butter, boleh ganti planta/majerin.
  • Coklat yg digunakan ialah coklat masakan, bentuk bar atau coin tak kisah.
  • Kalau takde gula kastor, blend je gula biasa bagi halus.
  • Penting!! : Sejukkan doh biar agak2 suam dan masuk telur SEBIJI DEMI SEBIJI. Jangan masuk semua telur sekali. Kalau masuk sebiji dan lembik, tak perlu lagi masuk telur yg ke 2.
  • Tips untuk rangup: Kerap kacau masa mengoreng api sederhana8-10 minit atau sampai permukaan luar churros keras.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.