ResepiCheNom
Cempedak Goreng Rangup

Resepi Cempedak Goreng Rangup

Prep 10 minMasak 20 minJumlah 30 minHidangan 6 orang

Cempedak goreng rangup yang mudah sangat nak buat, sedap dimakan panas-panas dengan teh O. Sesuai juga untuk juadah berbuka, guna cempedak masak tapi tak terlalu ranum.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • Cempedak secukupnyaCempedak secukupnya
  • 1 1/2 cawan tepung beras1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum1/4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam1 biji telur ayam
  • 1 sudu kecil garam1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil kunyit1/2 sudu kecil kunyit

Cara Buat Cempedak Goreng

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. 2
    Campurkan tepung gandum, tepung beras soda bikarbonat, kunyit dan garam
  3. 3
    Masukkan telur dan tuang air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan dengan tangan
  4. 4
    Kacau sehingga adunan betul2 sebati dan tidak berketul
  5. 5
    Adunan tidaklah perlu terlalu cair atau terlalu pekat.
  6. 6
    Celupkan buah cempedak di dalam adunan tepung tadi dan goreng sehingga kekuningan. Api jangan terlalu kuat dan anda perlu mengacau sehingga tepung betul betul garing.
  7. 7
    Angkat dan toskan di atas kertas tisu
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Cempedak Goreng yang sungguh rangup, sangat mudah disediakan, enak dihidangkan bersama teh o panas, dan jugak hidangan yang lazat untuk juadah berbuka puasa apabila digoreng panas.

Pastikan menggunakan cempedak yang masak tetapi tidak terlalu ranum.

Diterbitkan pada 12 Julai 201469.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru