ResepiCheNom
Bubur Pulut Hitam Sedap

Resepi Bubur Pulut Hitam Sedap

Prep 8 jamMasak 1 jamJumlah 9 jamHidangan 6 mangkuk

Bubur pulut hitam pekat lemak manis, paling sedap bila pulut direndam semalaman sampai cepat lembut. Hidang panas atau sejuk dengan santan segar yang wangi.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 6 cawan air, untuk merebus pulut6 cawan air, untuk merebus pulut1440g
  • 1 1/2 cawan pulut hitam1 1/2 cawan pulut hitam
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih3/4 cawan gula putih150g
  • 1/2 ketul gula melaka1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasagaram secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung1 sudu besar tepung jagung7g

Cara Buat Bubur Pulut Hitam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Masak Bubur Pulut Hitam

  1. 1
    Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  2. 2
    Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  3. 3
    Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.

Untuk Kuah Santan

  1. 1
    Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
  2. 2
    Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
6 cawan air, untuk merebus pulut bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 1440g (cawan US 240ml).
3/4 cawan gula putih bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 150g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.
Video
Pengenalan

Resepi Bubur Pulut Hitam yang sangat sedap.

Memang tak susah nak masak bubur pulut hitam, cuma memerlukan masa yang panjang dengan merendam pulut semalaman sehingga lembut.

Santan pula, gunakan santan segar. Bukan santan kotak.

Diterbitkan pada 3 September 201489.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru