ResepiCheNom
Bubur Jagung

Resepi Bubur Jagung

Prep 10 minMasak 10 minJumlah 20 min

Bubur Jagung manis berlemak, sesuai sangat untuk minum petang. Che Nom tambah gula melaka dan santan segar, memang wangi dan sedap.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 2 batang jagung, hiris isinya2 batang jagung, hiris isinya
  • 1/4 -1/2 cawan gula pasir1/4 -1/2 cawan gula pasir
  • 1 keping gula melaka1 keping gula melaka
  • 1 sudu kecil garam1 sudu kecil garam6g
  • 2 cawan santan pekat2 cawan santan pekat480g
  • 1 cawan santan cair1 cawan santan cair240g
  • 3 sudu besar biji sagu3 sudu besar biji sagu30g
  • 2 helai daun pandan, carik dan simpul2 helai daun pandan, carik dan simpul

Cara Buat Bubur Jagung

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Masukkan santan cair, daun pandan dan isi jagung ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
  2. 2
    Masukkan gula pasir, gula melaka, garam, sagu dan santan pekat. Kacau perlahan-lahan sehingga bubur mendidih. Kadar manis adalah mengikut citarasa anda. Jika rasa kurang manis boleh tambah lagi sedikit guka.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 sudu kecil garam bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 6g (cawan US 240ml).
2 cawan santan pekat bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 480g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Bubur haruslah kerap dikacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih supaya kuah tidak berketul dan pecah minyak.
Pengenalan

Resepi Bubur Jagung, paling sedap buat hidangan minum petang. Resepi yang mudah, tetapi sungguh membuka selera.

Kalau ada jagung segar anda boleh cuba masak bubur jagung. Che Nom letak gula melaka sebagai tambahan kepada gula pasir biasa.

Untuk santan pula, seeloknya digunakan santan segar kerana rasanya lebih enak berbanding santan kotak.

Diterbitkan pada 5 Ogos 201668.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru