Biskut Red Velvet White Chocolate Chips

Resepi Biskut Red Velvet istimewa, sesuai juga untuk dihidangkan pada hari raya atau di 'dessert table' di majlis hari jadi. Biskut atau cookies begini termasuk dalam kategori 'drop cookies' kerana teksturnya yang melekit dan disudukan dengan secukupnya kemudian dijatuhkan di atas dulang pembakar.

Resepi diambil dari website cookingclassy.com. Tekstur biskut ni rangup di luar, lembut di dalam, chewy dan sangat sedap. Kalau anda sukakan biskut lebih rangup, bakar dengan lebih lama (anggaran lebih 3 hingga 4 minit).

Satu cara yang Che Nom suka buat dengan drop cookies ialah rehatkan biskut dahulu di dalam peti ais selama 10-15 minit sebelum dibakar supaya biskut tidak terlalu melebar dan mengekalkan sedikit ketebalan yang sesuai. Sila lah cuba. Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah, Che Nom akan cuba jawab.

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 3/4 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan mentega, lembutkan
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil vinegar atau cuka makan
  • 1 biji telur Gred A
  • 1 1/2 sudu kecil ekstract vanilla
  • 1 1/2 sudu kecil pewarna merah
  • 3/4 cawan white chocolate chips

Cara Penyediaan:

  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung dan baking powder di dalam mangkuk dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan mixer, putar mentega bersama gula kastor dan vinegar sehingga putih dan kembang. Anggaran dalam 3-4 minit.
  3. Masukkan pula telur, esen vanilla dan pewarna merah kemudian pukul sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan separuh white chocolate chip. Separuh lagi digunakan untuk hiasan sebelum dibakar.
  5. Sudukan doh menggunakan ice cream scoop di atas dulang yang telah dilapik dengan kertas minyak. Kalau tak ada ice cream scoop sudu pun boleh cuma saiz harus sekata supaya waktu masak adalah sama.
  6. Masukkan doh yang sudah di scoop tadi ke dalam peti ais selama 15 minit. Ini adalah supaya biskut tidak terlalu nipis dan melebar apabila dibakar.
  7. Bakar pada suhu 160°C selama 9-11 minit. Masa adalah bergantung pada saiz oven dan jenis oven anda.
  8. Angkat dan sejukkan biskut di atas redai. Biskut memang lembut apabila baru masak dan panas, tetapi akan mengeras di waktu proses penyejukan.
  9. Simpan di dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk sepenuhnya.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Youtube Video

Resepi Berkaitan:

Biskut Red Velvet Rangup

Hi Semua, sibuk buat biskut raya ke tu? Che Nom pun nk ambil peluang kongsikan satu lagi resepi biskut yang selalu buat kat rumah iaitu biskut red velvet. Ciri-ciri utama biskut ni ialah warnanya yang merah gelap, dan kebiasaanya kita hias dengan bahan bewarna putih seperti white coklat chip supaya …

Biskut Double Chocolate Chips Rangup

Resepi Biskut Double Chocolate Chips atau Biskut Chocolate Chips versi 'gelap' kerana dua jenis coklat dimasukkan di dalam adunan iaitu serbuk koko dan chocolate chips. Biskut ini sangat sesuai untuk disediakan di hari raya cuma perlulah dibuat dalam saiz mini supaya lebih sesuai dihidangkan untuk tetamu nanti. Che Nom gunakan …

Kek Red Velvet Sangat Moist

Kek Red Velvet yang menarik warnanya dan unik rasanya rasa kerana kita gunakan serbuk koko, buttermilk dan cuka sebagai bahan utama dalam adunan. Kek ni memang sangat moist dan lembut, bertambah sedap dengan krim frosting yang menggunakan krim cheese sebagai bahan tambahan.

Biskut Chocolate Chip

Untuk mendapatkan biskut yang tebal seperti "Famous Amos" sudukan ke atas dulang rapat-rapat, dan sejukkan di dalam peti sejuk selama minimum satu jam. Ingat, sudukan doh dulu kemudian baru masukkan ke dalam peti sejuk, sebab kalau dah sejuk dan keras susah pula nanti nak sudukan. Ada yang komen cookies ni …

Thai Red Ruby

Dessert Thai Red Ruby yang dibuat dari sengkuang cina. Red ruby ni sangat cantik hasilnya dengan warna merah yang menarik, rangup dan rasa lembut jelly tu. Makan pula dengan hirisan isi nangka yang manis dengan kuah santan yang cukup lemak. Bila dimakan sejuk sedap sangat rasanya.

Chocolate Cheesecake Brownies

Buat penggemar cheese dan coklat, ini adalah resepi yang harus anda cuba. Ni juga salah satu kek kegemaran Che' Nom. Brownies yang padat dengan coklat dilapis dengan cream cheese yang di 'swirl' untuk mendapatkan corak marble. Brownies ni sedap kalau dimakan sejuk ..memang sangat best. Potongan kecil seperti di gambar …

Muffin Chocolate Hazelnut

Resepi muffin chocolate hazelnut yang lembap dan sedap, ditambah dengan rasa lemak dari kacang hazelnut yang dikisar. Anda perlu menggunakan serbuk koko dan chocolate chip yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan rasa muffin yang enak. Sesuai untuk dihidangkan pada minum petang, atau boleh juga dipek dengan cantik sebagai door gift.

Chocolate Chip Muffin

Chocolate Chip Muffin recipe, delicious and easy. Muffin recipe uses semi-sweet chocolate chips, sure to be kids favourite.

Chocolate Cheesecake Tanpa Bakar

Chocolate Cheesecake dengan lapisan bawah dari biskut oreo, dessert yang creamy dan penuh dengan rasa coklat, sedap sangat kalau makan sejuk-sejuk. Siapa yang suka sangat coklat, oreo, dan juga cheese boleh cuba resepi ni. Gerenti tak cukup kalau makan sepotong. Coklat cheesecake ni tanpa telur, tak perlu guna oven dan …

Chocolate Vanilla Viennese Cookies

Resepi Chocolate Vanilla Viennese Cookies yang mempunyai dua perisa di dalam satu biskut iaitu coklat dan vanila. Viennese cookies adalah berasal dari eropah dan mempunyai tekstur yang ringan dan bermentega. Resepi biskut ni amat mudah, tetapi kesedapan biskut sangat bergantung kepada kualiti butter (mentega) yang digunakan. Doh pula haruslah lembut …