
Resepi Biskut Coklat Mocha
Biskut Coklat Mocha ni wangi kopi, rasa coklat padu dan rangup bila guna emplex. Sesuai sangat buat stok kuih raya, anak-anak pun memang suka.
Bahan-bahan
Cara Buat Biskut Coklat Mocha
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Biskut
- 1Pukul mentega hingga lembut dan putih kemudian masukkan gula dan paste cappucino dan pukul sebati.
- 2Masukkan putih telur, teruskan pukul sehingga sebati.
- 3Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan 2 jam atau lebih (Che Nom rehatkan 1 jam sebab tak cukup masa).
- 4Masukkan doh ke dalam acuan terap dan terap di atas dulang pembakar yand dilapik dengan kertas minyak (kak Wan gunakan nozzle 866 untuk picitkan doh). Hias dengan white coklat di tengah-tengah.
- 5Bakar pada suhu 170°C selama 10-15 minit.
- 6Angkat dan sejukkan, kemudian baru simpan di dalam bekas kedap udara.
Versi Air Fryer pautan
Air Fryer (Jenis Bakul) — Penukaran dari Oven 170°C 10 minit
- Panaskan air fryer pada 150°C selama 3 minit.
- Sediakan bakul: alas dengan kertas bakar berlubang (atau potong lubang kecil) supaya aliran udara kekal baik.
- Susun doh biskut dalam 1 lapisan sahaja. Jarakkan 2–4 cm antara keping.
- Bakar pada 145–160°C selama 7–11 minit.
- Semak awal pada minit ke-8 (setiap model cepat/ lambat berbeza).
- Tanda masak: tepi sedikit perang & pejal, tengah masih lembut; permukaan tidak lagi berkilat basah.
- Rehatkan biskut 5–10 minit selepas keluar (ia akan mengeras sedikit semasa sejuk).
Nota larasan: Jika biskut cepat gelap, mula dengan 145–150°C. Jika biskut kecil/nipis, semak seawal minit 7–8.
Anggaran. Bergantung pada model air fryer.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 200g mentega bersamaan berapa cawan?
- ± ¾ cawan + 2 sudu besar (cawan US 240ml).
- 50g shortening bersamaan berapa cawan?
- ± ¼ cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resipi Biskut Coklat Mocha ini diambil dari blog Resipi Citarasawan. Memang sedap sangat biskut ni..anak-anak Che Nom sangat suka dan pastinya akan jadi biskut utama hidangan hari raya nanti.
Kak Wan gunakan Mocha emulco, tapi Che Nom gantikan dengan ‘Cappuccino Paste’ yang di dibeli di kedai bakery. Satu lagi bahan yang anda tak boleh tinggalkan ialah emplex iaitu bahan untuk merangupkan biskut. Kalau tak letak emplex…biskut akan kurang rangup dan teksturnya menjadi agak kurang menarik. Sila lah cuba :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan

Resepi Biskut Red Velvet White Chocolate Chips

Resepi Biskut Mentega Kacang

Resepi Soft Double Chocolate Chip Walnut Cookies

Resepi Soft Chocolate Chip Cookies Brown Butter

Resepi Biskut Double Chocolate Chips

Resepi Soft Chocolate Chip Cookies
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam



