
Resepi Biskut Mentega Kacang
Biskut Mentega Kacang ni rangup, berlemak dan wangi, memang klasik tapi padu.
Bahan-bahan
Bahan Untuk Biskut
- 230g mentega kacang rangup (crunchy peanut butter)
- 75g mentega tak bergaram (unsalted butter)
- 90g gula kastor
- 90g gula perang
- 1 biji telur, saiz A
- 140g tepung naik sendiri, ayak
Cara Buat Biskut Mentega Kacang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Biskut
- 1Panaskan oven kepada suhu 160°C.
- 2Pukul mentega, mentega kacang dan telur sehingga berkrim.
- 3Masukkan gula kastor dan gula perang dan teruskan kacau sehingga sebati.
- 4Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga menjadi doh yang lembut.
- 5Uli doh sebesar biji guli, susun di atas loyang dan tekan dengan garfu.
- 6Bakar selama 10 minit.
- 7Angkat dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Versi Air Fryer pautan
Air fryer (jenis bakul) – Penukaran dari oven 160°C 10 minit
- Panaskan air fryer pada 150°C selama 3 minit.
- Susun biskut atas kertas baking/liner (jika guna), jarak 2–3 cm antara satu sama lain. Buat 4–8 keping setiap batch (ikut saiz bakul).
- Bakar pada 145–160°C selama 7–11 minit.
- Semak awal pada minit ke-7.
- Tanda masak: tepi mula perang ringan dan permukaan nampak kering/matte.
- Sejukkan 5–10 minit atas tray/alas sebelum angkat sepenuhnya (biskut biasanya mengeras bila sejuk).
Nota larasan: Mula dengan suhu lebih rendah jika air fryer anda cepat panas. Laras sedikit demi sedikit ikut model.
Anggaran. Bergantung pada model air fryer.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 230g mentega kacang rangup (crunchy peanut butter) bersamaan berapa cawan?
- ± 1 cawan (cawan US 240ml).
- 75g mentega tak bergaram (unsalted butter) bersamaan berapa cawan?
- ± ⅓ cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Resepi Biskut Mentega Kacang, biskut klasik yang diadaptasi dari resepi barat. Biskut ini sangat sedap, rangup dan berlemak. Che Nom gunakan mentega kacang yang rangup supaya ada tekstur kekacang rangup di dalam biskut apabila dikunyah. Anda boleh juga gunakan mentega kacang berkrim yang biasa sebangai ganti.
Tak ada masalah. Untuk sukatan gula pula..boleh kurangkan sedikit jika tak suka manis. Tetapi jangan kurang sangat, nanti tak sedap pula. Ada dua jenis gula digunakan dalam resepi biskut ni. Satu gula kastor biasa dan satu lagi gula perang. Gula perang akan membangkitkan rasa manis lebih lembut kepada biskut ini. Selamat mencuba.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









