Resepi Brownie Cookies
Brownie cookies coklat gelap yang rangup di luar, lembut fudgy di dalam, siap dengan ketulan coklat cair bila dibakar. Memang ngam untuk minum petang dengan kopi.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 350 g dark chocolate
- 40 g (3 sudu besar) mentega
- 2 biji telur + 1 biji kuning telur
- 2/3 cawan (150 g) gula kastor
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/4 cawan (35 g) tepung gandum
- ¼ sudu teh baking powder
Cara Buat Brownie Cookies
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven pada suhu 180 °C.
- 2Cairkan 200 g dark chocolate bersama mentega di atas air yang mendidih (kaedah double boiler).
- 3Cincang kasar baki 150 g dark chocolate tadi dan ketepikan.
- 4Pukul gula bersama telur dan esen vanilla sehingga kembang dan putih, dalam anggaran masa dalam 10-15 minit.
- 5Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur.
- 6Masukkan pula coklat cair dan ketulan coklat yang dicincang. Kacau dengan spatula hingga sebati. Jangan sesekali menambah tepung kerana adunan memang lembik.
- 7Rehatkan adunan selama 10 minit di dalam peti ais.
- 8Kautkan 1 sudu penuh doh ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas parchment.
- 9Bakar di dalam oven selama 9-11 minit.
- 10Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk. Biskut akan lembik ketika panas, tetapi akan mengeras apabila disejukkan.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 24 biji
- Kalori
- 130 kcal
- Protein
- 2 g
- Karbohidrat
- 16.5 g
- Lemak
- 6.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 13 g
- Natrium:
- 20 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Semua sukatan gram dalam resepi digunakan terus; 24 keping seperti dinyatakan.
- Dark chocolate 350 g dikira ~546 kcal/100 g dan menyumbang ~60% kalori.
- Tiada garam ditambah selain baking powder.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Versi Air Fryer pautan
Air fryer (jenis basket) — Brownie Cookies
- Panaskan awal air fryer pada 160°C selama 3 minit.
- Sediakan bakul: lapik dengan kertas baking berlubang atau kertas baking yang dipotong ikut saiz (jangan menutup semua aliran udara). Sapu nipis minyak jika perlu.
- Susun doh: letak 4–8 ketul setiap batch, jarakkan 3–5 cm.
- Bakar pada 150–165°C selama 6–10 minit.
- Semak awal pada minit ke-7 (warna dan set di tepi).
- Rehatkan biskut 2–3 minit dalam bakul (ia akan terus mengeras sedikit), kemudian alih ke rak penyejuk.
- Ulang untuk batch seterusnya; laras suhu/masa ikut batch pertama.
Anggaran. Bergantung pada model air fryer.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 350 g dark chocolate bersamaan berapa cawan?
- ± 2 cawan + 1 sudu besar (cawan US 240ml).
- 40 g (3 sudu besar) mentega bersamaan berapa sudu besar?
- ± 3 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Adunan telur, gula dan esen vanila harus dipukul sehingga kembang 3 kali ganda supaya biskut akan lembut di tengah dan menghasilkan lapisan kedut, kilat dan merekah dengan cantik apabila dibakar.
- Doh pula mesti direhatkan di dalam peti ais supaya adunan rehat dan senang dibentuk, juga dapat mengawal cookies dari merebak dengan banyak ke bahagian tepi dan terlalu leper.
Pengenalan
Resepi coklat brownie cookies yang sangat sedap dan cookies ni memang kegemaran Che Nom sekeluarga. Anda harus gunakan dark chocolate yang berkualiti tinggi kerana akan menghasilkan brownie cookies yang sangat sedap. Tekstur nya adalah rangup di luar dan lembut di dalam.
Sangat sesuai di hidangkan bersama kopi buat minum petang. Resepi ni Che Nom ambil dari blogger yang berasal dari Norway, dan apa yang membuatkan cookies ni bertambah sedap bila dimasukkan ketulan coklat, apabila dibakar akan cair di dalamnya. Resepi yang harus dicuba!
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









