
Resepi Biskut M&M Rangup
Biskut M&M rangup saiz mini, warna-warni memang anak-anak suka. Guna butter sedap dan masukkan M&M saat akhir, bakar sampai golden brown untuk lebih rangup.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/4 sudu kecil baking soda
- 1/4 sudu kecil garam
- 3/4 cawan (170 gram) unsalted butter, suhu bilik
- 1/3 cawan gula kastor, resepi asal 2/3 cawan
- 2/3 cawan gula perang
- 1 biji telur
- 1 biji kuning telur sahaja
- 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 - 1 cawan M&M
Cara Buat Biskut M&M
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven pada suhu 170°C. (Che Nom bakar pada suhu 160°C sahaja sebab ikut kesesuaian oven).
- 2Ayak tepung gandum, baking soda dan garam di dalam mangkuk. Ketepikan.
- 3Dalam mangkuk berasingan menggunakan electrik mixer ataupun hand mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang, ringan serta warna menjadi pucat.
- 4Kaut bahagian bawah dengan spatula dan kacau supaya sekata. Masukkan telur dan kuning telur. Teruskan putar sehingga sebati kemudian masukkan esen vanilla.
- 5Sudukan bahan ayak sedikit demi sedikit dan putar sehingga adunan sekata. Gunakan spatula untuk pastikan bahagian bawah doh digaul sebati.
- 6Jika adunan agak lembik, masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit ke 1 jam.
- 7Gunakan sudu kecil atau scoop ice cream untuk bentukkan kepada doh bulat kecil dan kemudian susun di atas dulang pembakar. Selit M&M di dalam doh dan juga tekan rata M&M di atas permukaan doh.
- 8Bakar selama 15-18 minit. Angkat dan sejukkan di atas dulang pembakar seketika sebelum dipindahkan ke atas rak penyejuk biskut kerana biskut agak lembut di tengah jika masih panas.
Versi Air Fryer pautan
Air fryer (jenis basket) — Biskut M&M Rangup
- Panaskan awal air fryer pada 150°C selama 3 minit.
- Sediakan bakul: alas dengan kertas baking/parchment berlubang (atau loyang air fryer) supaya aliran udara masih baik.
- Susun doh biskut 4–8 ketul setiap batch, jarakkan 2–4 cm (biskut akan mengembang).
- Bakar pada 145–160°C selama 7–11 minit.
- Semak awal pada minit ke-7.
- Bila tepi mula keemasan muda dan permukaan nampak set, keluarkan.
- Rehatkan 5–10 minit atas rak/permukaan rata untuk bagi biskut jadi lebih rangup.
Nota penting: Air fryer cepat memanaskan dan setiap model berbeza; mula dengan batch kecil untuk dapatkan tetapan paling sesuai.
Anggaran. Bergantung pada model air fryer.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 cawan tepung gandum bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
- 1/4 sudu kecil garam bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 2g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Resepi Biskut M&M Rangup yang pasti akan menarik perhatian kanak-kanak kerana terdapat pelbagai warna menarik dari hiasan coklat M&M. Untuk faktor rasa biskut, pemilihan butter adalah faktor yang paling utama mempengaruhi kesedapan biskut. Kalau dah guna butter salted tidak perlu lagi tambah garam di dalam adunan. Jika gunakan Buttercup pun tak perlu lagi tambah garam.
Candy M&M harus dimasukkan pada saat akhir sebelum dibakar kerana kalau dimasukkan awal nanti warna M&M akan melekat dan bercampur aduk di dalam doh.
Biskut ini sesuai dihidangkan pada musim perayaan dalam saiz mini. Panjangkan tempoh pembakaran sehingga warna biskut menjadi 'golden brown' jika mahu lebih rangup. Resepi diadaptasi dari Stephanie Jaworski, Joy of Baking
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









