Resepi Biskut Thumb Print
Biskut Thumb Print ni senang sangat dibuat tapi hasilnya cantik, rangup dan nampak mewah untuk Raya. Guna mentega dan jem berkualiti, pilih jem ikut selera.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Biskut
- 170g (3/4 cawan) mentega, suhu bilik
- 150g (2/3 cawan) gula
- 1 biji telur, size besar
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 ½ cawan tepung gandum
- ½ sudu teh baking powder
- ¼ sudu teh garam
- Jem strawberry secukupnya
Cara Buat Biskut Thumb Print
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven pada suhu 150°C.
- 2Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
- 3Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
- 4Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
- 5Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- 6Tutup doh atau balut dengan plastik wrap dan rehatkan di dalam peti ais selama 2 jam.
- 7Keluarkan dan uli doh bulat-bulat kecil sebesar biji guli. Tekan dengan ibu jari membentuk lubang kecil.
- 8Sudukan sedikit jem di atas supaya memenuhi lubang kecil, tetapi jangan terlalu penuh nanti jem akan melimpah apabila dibakar.
- 9Bakar selama 10-15 minit, atau sehingga kekuningan.
- 10Angkat dan sejukkan.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 30 biji
- Kalori
- 115 kcal
- Protein
- 1.5 g
- Karbohidrat
- 16 g
- Lemak
- 5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 8 g
- Natrium:
- 30 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Jem strawberi 'secukupnya' dianggar 1 sudu kecil setiap biskut (~150 g keseluruhan).
- Mentega dikira tanpa garam kerana garam ditambah berasingan.
- Tepung 2 1/2 cawan ditukar kepada ~310 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Versi Air Fryer pautan
Air fryer (jenis basket) — Biskut Thumb Print
-
Panaskan air fryer: 150°C selama 3 minit.
-
Susun biskut:
- Letak atas kertas baking berlubang/liner.
- Jarakkan 2–3 cm antara biskut.
- Buat 6–10 keping setiap batch (jangan penuhkan bakul).
- Bakar (mula dengan julat selamat):
- Tetapkan 145–160°C selama 7–11 minit.
- Semak awal pada minit ke-7.
- Tanda biskut dah masak:
- Tepi set dan sedikit keemasan.
- Tengah masih lembut tetapi tidak basah berkilat.
- Sejukkan:
- Angkat dan biar di atas dulang 5–10 minit untuk mengeras sebelum dipindahkan.
Anggaran. Bergantung pada model air fryer.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 170g (3/4 cawan) mentega, suhu bilik bersamaan berapa cawan?
- ± ¾ cawan (cawan US 240ml).
- 150g (2/3 cawan) gula bersamaan berapa cawan?
- ± ¾ cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Boleh juga gunakan hujung senduk untuk membuat lubang pada bahagian atas doh.
Pengenalan
Resepi Biskut Thumb Print yang sangat mudah tapi menghasilkan biskut yang cantik dan menarik. Orang putih panggil biskut ni sebagai ‘festive cookies’ kerana selalu dihidangkan pada waktu perayaan mereka. Sesuai sangat kalau nak hidangkan di Hari Raya nanti. Biskut ni adalah salah satu biskut kegemaran Che Nom.
Pastikan anda gunakan jem dan butter/mentega berkualiti tinggi. Untuk resepi ini, Che Nom gunakan unsalted butter. Tapi jika ada gunakan salted butter, tak perlu lagi letak garam ye, abaikan sukatan garam dalam resepi tu. Bagi Che Nom, penggunaan unsalted butter lagi sedap untuk biskut. Tapi tak ada masalah jika guna salted butter pun.
Jem pula, boleh gunakan jem apa sahaja yang anda suka. Jem raspberry, jem blueberry, jem aprikot..semua ikut selera masing-masing. Anda harus cuba resepi biskut ni.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









