Bihun Goreng Tomyam

Hi Semua, harini Che Nom teringin sangat nk makan bihun goreng tomyam, kadang-kadang kita nak juga rasa sedikit kelainan tetapi rasa masih lagi sedap. Bihun Goreng Tomyam ni memang sangat sedap, masam pedas cukup rasa, bau aroma dari pes tomyam dan hirisan limau purut memang memikat selera. Sesekali kita ubah selera dari asyik masak bihun yang biasa aja. Wajib cuba ok.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk tumbuk kasar:
    • 3 biji bawang merah kecil
    • 4 ulas bawang putih
    • 6 tangkai cili padi
    • 1 sudu besar udang kering
  • Bahan-bahan lain:
    • ½ cawan minyak masak
    • 1 mangkuk hirisan isi ayam
    • 3 sudu besar pes tomyam
    • 3-4 sudu besar sos cili
    • 3 sudu besar sos tomato
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 3 keping kek ikan
    • ½ batang karot
    • 1 ikat sayur sawi
    • 8-10 ekor udang
    • sedikit air (jika perlu)
    • 3-4 helai daun limau purut
    • 1 pek/400g bihun
    • 1 batang serai
    • 2 sudu besar sos ikan
    • garam secukup rasa
    • 1 pokok sayur ketumbar (batang)
    • 1 mangkuk taugeh
    • sedikit perahan limau nipis (½ - 1 biji)
    • sedikit gula
  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • telur rebus
    • hirisan cili merah
    • daun ketumbar
    • hirisan limau nipis

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk bihun goreng tomyam:
    1. Potong halus lobak merah secara melintang. Potong sawi dan daun ketumbar lalu asingkan kedua-dua bagi batang dan daunnya. Hiris nipis daun limau purut.
    2. Potong kek ikan dan isi ayam.
    3. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan tumbuk kasar dan sebatang serai sehingga kekuningan dan naik bau.
    4. Masukkan hirisan isi ayam, pes tomyam, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul sehingga sebati.
    5. Masukkan kek ikan, lobak merah, batang sawi, hirisan daun limau purut dan udang.
    6. Tambah air jika sudah kering.
    7. Kemudian, masukkan bihun yang telah direndam sedikit demi sedikit agar bihun dapat digaul sekata.
    8. Masukkan sos ikan, garam dan gula secukup rasa, batang ketumbar, daun sawi, taugeh dan perahan limau nipis.
    9. Gaul bihun sehingga sekata dan tambah jika ada yang kurang mengikut citarasa.
    10. Bihun goreng tomyam sudah siap dihidang bersama bahan hiasan seperti telur rebus, hirisan cili merah, daun kembar dan juda hirisan limau nipis.

Tip:

  • Jika tiada pes tomyam, ia boleh digantikan dengan kiub tomyam.
  • Kalau bihun masih keras, tambahkan air sedikit masa menggoreng sehinggalah bihun menjadi lembut.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.