ResepiCheNom
Begedil Ayam Sedap
Ayam

Resepi Begedil Ayam Sedap

Prep 20 minMasak 15 minJumlah 35 minHidangan orang

Resipi begedil ayam mudah dan sedap, sesuai dihidang bersama soto ayam. Guna kentang tempatan, tambah cili ikut suka, dan daun sup atau daun bawang.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 500 gram (4-5 biji) ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci500 gram (4-5 biji) ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci
  • 150 gram daging ayam kisar150 gram daging ayam kisar
  • 1 biji bawang besar, didadu kecil1 biji bawang besar, didadu kecil
  • 1 pokok daun sup, hiris halus1 pokok daun sup, hiris halus
  • 3 sudu besar bawang goreng3 sudu besar bawang goreng
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 biji cili merah, cincang kasar (kalau nak sedikit pedas)1 biji cili merah, cincang kasar (kalau nak sedikit pedas)
  • garam secukup rasagaram secukup rasa
  • 1 biji telur ayam1 biji telur ayam
  • Minyak untuk menggorengMinyak untuk menggoreng

Cara Buat Begedil Ayam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Masak Ayam

  1. 1
    Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng bawang besar sehingga lembut.
  2. 2
    Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga ayam masak. Perasakan dengan sedikit garam.

Untuk Masak Begedil

  1. 1
    Dalam kuali yang lain, panaskan minyak masak (anggaran 1 mangkuk). Goreng kentang sehingga kekuningan dan lembut. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
  2. 2
    Ketika kentang masih panas, hancurkan kentang dengan cara melenyek kentang sehingga halus menggunakan potato masher atau garfu.
  3. 3
    Masukkan bawang goreng, daun sup, ayam (yang dimasak tadi) dan serbuk lada putih. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. 4
    Ambil sedikit adunan dan buat bulat. Kemudia leperkan sedikit dan susun di atas pinggan atau dulang.
  5. 5
    Panaskan minyak. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu supaya sebati. Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Goreng Bawang Dahulu - Pastikan bawang besar dan ayam dimasak hingga kering agar adunan begedil tidak terlalu lembik.
  • Gunakan Kentang Tempatan - Kentang tempatan lebih sesuai dan memberikan tekstur padat serta rasa yang lebih ‘lemak’ untuk begedil berbanding kentang import.
  • Lenyek Kentang Panas - Kentang yang masih panas lebih mudah dilenyek halus dan menyerap perasa dengan lebih baik.
Tunjuk semua petua (10)
Petua & Panduan
  • Sesuaikan Kelembapan Adunan - Jika adunan terlalu lembik, tambahkan bawang goreng atau daun sup untuk menyerap kelembapan.
  • Rehatkan Adunan - Bentuk begedil dan biarkan seketika supaya ia lebih kukuh sebelum digoreng.
  • Suhu Minyak Sederhana - Goreng dengan api sederhana agar begedil masak sekata, tidak cepat garing di luar tetapi mentah di dalam.
  • Telur sebagai ‘Gam’ - Celupan telur membantu mengekalkan bentuk dan memberi permukaan gorengan yang cantik.
  • Elak ‘Overcrowd’ Kuali - Goreng secara berperingkat untuk mengekalkan suhu minyak stabil.
  • Alternatif Daun Herba - Gantikan daun sup dengan daun bawang atau gunakan kedua-duanya untuk menambah rasa dan warna.
  • Simpan Lebihan - Susun begedil yang telah dibentuk dalam bekas bertutup dan simpan di peti sejuk untuk kegunaan seterusnya.
Video
Pengenalan

Resipi Begedil Ayam yang sangat mudah dimasak dan sangat sedap. Che Nom sediakan begedil ayam ni untuk dihidangkan bersama soto ayam, sebabnya tak sedaplah soto kalau tak ada begedil kan,.

Untuk resipi ini, kentang yang digunakan ialah kentang yang biasa terdapat di kedai, bukannya kentang jenis yang diimport seperti kentang USA atau russet. Pendek kata, kentang tempatan atau asia yang murah tu lagi sedap buat begedil.

Boleh letak cili kalau anda suka pedas. Satu lagi nota, jika anda nak gantikan daun sup dengan daun bawang pun ok, atau nak letak dua-dua pon boleh. Sila lah cuba! :)

Diterbitkan pada 13 Januari 2025108.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru