ResepiCheNom
Ikan Bawal Masam Manis
Ikan

Resepi Ikan Bawal Masam Manis

Prep 40 minMasak 30 minJumlah 1 jam 10 minHidangan 3 orang

Ikan bawal goreng garing dengan kuah masam manis pekat, cukup rasa masam, manis dan pedas. Resepi mudah, bahan senang cari, memang sedap makan ramai-ramai.

Bahan-bahan

Bahan Ikan Bawal Masam Manis

  • 2 sb cili kisar2 sb cili kisar
  • 1 ekor Ikan Bawal1 ekor Ikan Bawal
  • Sedikit garamSedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyitSedikit serbuk kunyit
  • Tepung jagungTepung jagung
  • 3-4 sb minyak masak3-4 sb minyak masak
  • 1 biji bawang holland1 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1-2 biji tomato1-2 biji tomato
  • Lada benggalaLada benggala
  • NenasNenas
  • 1/2 cawan sos cili1/2 cawan sos cili
  • 1 sb sos tiram1 sb sos tiram
  • 1-2 sk gula1-2 sk gula
  • Sedikit garamSedikit garam
  • 1 tangkai cili merah1 tangkai cili merah
  • Daun supDaun sup

Cara Buat Ikan Bawal Masam Manis

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Penyediaan Bahan

  1. 1
    Potong kasar tomato, nenas (atau sos tomato), dan lada benggala (atau timun dipotong dadu).
  2. 2
    Bawang holland bahagi dua, separuh potong besar untuk taburan akhir kuah, saparuh lagi pootng dadu untuk tumisan.
  3. 3
    Bawang putih dan halia ketuk sikit (dengan pisau) dan cincang halus.
  4. 4
    Cili merah belah 2, buang biji dan hiris nipis.
  5. 5
    Daun sup hiris nipis (boleh ganti daun bawang kalau suka).
  6. 6
    Ikan bawal, potong sirip dan kelar badan ikan (kalau kelar banyak, lebih mudah garing bila goreng nanti).
  7. 7
    Perap ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Salut sebati. Pastikan celah-celah tempat kelar pon kena garam dan kunyit tadi.

Untuk Kuah Masam Manis

  1. 1
    Panaskan minyak dan tumis bahan cincang halus tadi (bawang holland, halia dan bawang putih).
  2. 2
    Bila dah kekuningan, masuk cili kisar dan sambung tumis sampai garing.
  3. 3
    Masukkan tomato dan kacau sampai tomato mula hancur.
  4. 4
    Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau sebati.
  5. 5
    Boleh masukkan nanas, Che Nom masuk awal-awal ni sebab nak keluarkan jus jadi lebih sedap la kuah masam manis nanti.
  6. 6
    Tambah air sikit untuk lebih berkuah.
  7. 7
    Tambah sedikit gula dan garam. Masak sampai kuah mendidih.
  8. 8
    Bila kuah dan mendidih, boleh masukan lada benggala, bawang holland dan separuh hirisan cili merah.
  9. 9
    Kalau suka kuah yang masam boleh perah sikit limau nipis.
  10. 10
    Masak sampai bawang layu sikit kemudian boleh tutup api.

Untuk Ikan Goreng

  1. 1
    Sebelum goreng, bedakkan ikan bawal dengan tepung jagung.
  2. 2
    Panaskan minyak dan goreng ikan sampai garing.
  3. 3
    Angkat ikan dan kemudian tuang kuah masam manis atas ikan goreng.
  4. 4
    Tabur daun sup dan hirisan cili merah sebagai hiasan.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kalau dah masukkan nenas Che Nom tak masukkan dah sos tomato. Rasa masam manis dari nenas dah cukup.
  • Ikan ni memang Che nom kelar banyak-banyak dan dalam-dalam sampai kena tulang, baru ikan mudah garing.
  • Kalau guna kuali kecil boleh potong dua ikan untuk mudah goreng.
Video
Pengenalan

Kali ini, Che Nom nak share resepi Ikan Bawal Masam Manis, atau masak sweet sour lah kan biasa kita panggil. Kuah nya cukup pekat dengan rasa masam, manis, dan pedas.

Resepi nya pun mudah, bahan senang aja nak cari, dan cukup berselera kalau dihidang untuk dimakan beramai-ramai.Tak payah tunggu pergi restoran.

Sesuai sangat kalau ada ikan bawal yang fresh. Kita goreng garing-garing, dan tuang kuah sweet sour atas nya.

Diterbitkan pada 23 Mac 202371.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru