ResepiCheNom
Ayam Ros Sedap
Ayam

Resepi Ayam Ros Sedap

Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jamHidangan 10 orang

Ayam Ros ala mamak yang pekat berempah dan wangi bunga ros, memang padu. Sedap sangat bila makan dengan nasi hujan panas, confirm bertambah.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 1 ekor ayam, potong 121 ekor ayam, potong 12
  • sedikit kunyit, untuk goreng ayamsedikit kunyit, untuk goreng ayam
  • sedikit garam, untuk goreng ayamsedikit garam, untuk goreng ayam
  • 1 helai daun pandan, dicarik dan simpul1 helai daun pandan, dicarik dan simpul
  • 1 batang serai, dititik1 batang serai, dititik
  • 2 senduk minyak masak2 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar, hiris memanjang1 biji bawang besar, hiris memanjang
  • 1/2 tin(225g) sup tomato1/2 tin(225g) sup tomato
  • 3 sudu besar tomato puri3 sudu besar tomato puri
  • 1/2 tin susu cair1/2 tin susu cair
  • 100 gram santan pekat100 gram santan pekat
  • daun pudinadaun pudina

Bahan Untuk Rempah Tumis

  • 2 senduk besar minyak masak2 senduk besar minyak masak
  • 2 batang kayu manis2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji pelaga4 biji pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih5 kuntum bunga cengkih

Bahan Dibancuh Menjadi Pes

  • 1 sudu besar serbuk jintan putih1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil kas kas1 sudu kecil kas kas
  • 1 sudu kecil garam masala1 sudu kecil garam masala
  • 1 sudu besar serbuk cili1 sudu besar serbuk cili

Bahan Kisar A

  • 1 labu bawang besar1 labu bawang besar
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih5 ulas bawang putih

Bahan Kisar B

  • 15 tangkai cili kering115 tangkai cili kering1
  • 1 batang karot1 batang karot
  • 1 biji tomato1 biji tomato

Bahan Kisar C

  • 100 gram badan, direndam air panas dan dikisar halus100 gram badan, direndam air panas dan dikisar halus

Cara Buat Ayam Ros

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Memasak

  1. 1
    Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. 2
    Panaskan minyak masak dan tumis bahan rempah tumis, serai, daun pandan dan bawang besar. Tumisg sehingga bawang kekuningan dan naik bau.
  3. 3
    Masukkan bahan kisar A, tumis sehingga naik bau dan kemudian masukkan pula bahan kisar B dan diikuti bahan kisar C. Masukkan tomato sup, tomato puri dan susu cair. Masak di atas api perlahan dan kacau supaya tidak hangus di bawah.
  4. 4
    Masukkan pula bahan yang dibancuh menjadi pes. Kacau sehingga bahan-bahan dan rempah masak sehingga pecah minyak.
  5. 5
    Apabila pecah minyak, masukkan ayam goreng dan biarkan masak di atas api perlahan selama 15-20 minit.
  6. 6
    Kemudian masukkan santan pekat dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  7. 7
    Angkat dan tabur dengan daun pudina dan bawang goreng.
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Ayam Ros yand di ambil dari resepi mamak aji.

Sedap dimakan bersama nasi hujan panas.

Diterbitkan pada 4 Mei 201536.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru