Resepi Ayam Masak Blackpaper Cendawan
Kali ni Che Nom share Ayam Masak Blackpepper Cendawan yang ringkas tapi padu, masak sekali dengan sayur. Sesuai untuk isi ayam bila tak tahu nak masak apa.

Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Masak Blackpaper Cendawan
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Ayam Masak Blackpaper Cendawan
- 1Masukkan lada hitam, sos tiram, garam, kicap manis dan tepung jagung ke dalam ketulan ayam yang sudah di potong. Kacau sebati kesemua bahan lalu perap dalam anggaran 15 minit.
- 2Panaskan minyak dan goreng ayam perapan sehingga agak masak dan sedikit keperangan.
- 3Setelah masak, angkat ayam goreng dan ketepikan.
- 4Tumis hirisan bawang dan halia sehingga naik bau.
- 5Tambah sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, lobak merah, ayam goreng dan air sebagai kuah.
- 6Masukkan capsicum, hirisan cendawan, bancuhan air tepung jagung serta garam secukup rasa.
- 7Sebelum tutup api, taburkan dengan hirisan bawang holland dan hirisan daun bawang.
- 8Kemudian, hias dengan taburan daun bawang dan hidangkan ayam masak blackpaper cendawan bersama nasi putih panas serta telur goreng.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 3 orang
- Kalori
- 435 kcal
- Protein
- 28 g
- Karbohidrat
- 28.5 g
- Lemak
- 21.5 g
- Serat:
- 3.5 g
- Gula:
- 8.5 g
- Natrium:
- 1970 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 3 ketul isi ayam dianggarkan 450 g tanpa tulang.
- Minyak masak tanpa sukatan dianggarkan 3 sudu besar (tumis, bukan goreng dalam).
- 4 sudu besar sos tiram dan 2 sudu besar kicap manis menyumbang kebanyakan natrium dan gula.
- Cendawan dan capsicum tanpa sukatan dianggarkan 150 g dan 100 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kepekatan kuah boleh di tambah atau di kurangkan mengikut bancuhan air tepung jagung.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share menu yang ringkas tapi sedap iaitu Ayam Masak Blackpepper Cendawan.
Masakan ni juga mudah sebab kita masak sekali dengan sayur. Sesiapa yang tak tahu nak masak apa dengan bahagian isi ayam, boleh cuba masakan ni.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









