Resepi Sambal Paru Goreng
Sambal Paru Rangup yang pedas menyengat. Sambal ni boleh tahan lama kalau kena cara simpan. Bahan-bahan nya simple aja, tapi cukup mantap, makan nasi tak cukup sepinggan.

Bahan-bahan
Cara Buat Sambal Paru Goreng
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 6 orang
- Kalori
- 290 kcal
- Protein
- 17 g
- Karbohidrat
- 10 g
- Lemak
- 20 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 3 g
- Natrium:
- 1210 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Paru lembu 600 g dikira ~92 kcal/100 g.
- Minyak goreng dalam tidak disenaraikan; serapan dianggar 10%; minyak tumis sambal dianggar 3 sudu besar.
- Garam rebusan dikira 50% diserap.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Nak hilangkan bau hanyir paru, kita oleh rebus dengan halia, serai atau asam keping.
- Bawang merah pastikan kering sebelum hiris.
- Goreng bawang api jangan besar sangat sebab takut cepat hangus. Kena kerap kacau jugak lah.
- Macam mana nak tau paru dah masak, bila kita gunting tu dalam dia dah tak berdarah dan merah. Kalau merah atau pink lagi sambung rebus.
- Paru ni kalau kita simpan lama dalam peti sejuk akan jadi lagi keras dan senang nak potong. Kalau panas dia jadi macam gummy sikit.
- Petua untuk ranggupkan paru, kita kena goreng sekali dengan asam keping.
Video
Pengenalan
Jom tengok Che Nom masak menu simple yang boleh dibuat sebagai stok makanan di kala kecemasan, takde kecamasan pon berbaloi masak. Ini lah Sambal Paru Rangup pedas menyengat, sambal kering yang sesuai simpan dalam balang kedap udara untuk tahan lebih lama.
Mula-mula Che Nom tunjuk cara untuk proses paru dari step merebus sampai lah cara goreng paru rangup. Kemudian tunjuk pulak cara buat bawang goreng rangup dan cara buat sambal kering untuk digaul sekali. Bahan-bahan nya simple aja, tapi cukup mantap makan nasi tak cukup sepinggan. Makan dengan bubur pon layan.
Paru ni tak mahal macam daging lembu, menjadi sedap kalau kena masakannya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









