ResepiCheNom
Ayam Percik
Ayam

Resepi Ayam Percik

Prep 20 minMasak 30 minJumlah 50 minHidangan 10 orang

Resepi ayam percik kuah merah ala Kelantan yang pekat dan beraroma. Sesuai untuk hidangan keluarga dan majlis, sedap dimakan panas bersama nasi.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 1 ekor ayam, dipotong 41 ekor ayam, dipotong 4

Bahan Untuk Kisar Halus (Perapan)

  • 6 ulas bawang merah6 ulas bawang merah
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil garam1 sudu kecil garam
  • 2 cm halia2 cm halia

Bahan Untuk Kuah Percik

  • 3 cawan santan pekat3 cawan santan pekat
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 2 cm halia2 cm halia
  • 4-5 tangkai cili kering4-5 tangkai cili kering
  • 8-10 ulas bawang merah8-10 ulas bawang merah
  • garam secukup rasagaram secukup rasa
  • gula secukup rasagula secukup rasa
  • sedikit asam jawasedikit asam jawa

Cara Buat Ayam Percik

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Ayam

  1. 1
    Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.
  2. 2
    Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.

Cara- Cara Untuk Kuah

  1. 1
    Kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak. Perasakan dengan asam jawa garam dan gula.
  2. 2
    Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kuah lagi sedap jika rasa sedikit manis. Lebihkan gula di dalam kuah percik.
Video
Pengenalan

Resepi Ayam Percik

berkuah merah Kelantan style.

Diterbitkan pada 13 Julai 2014171.1K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru