![Ayam Pandan Thai Istimewa](/images/recipes/367e9065cc33d27e22fb6aaf97ffa46c365c4ef9.jpeg)
Ayam Pandan Thai Istimewa
Resepi Ayam Pandan Thai yang memang sangat sedap dan juga sangat harum aromanya hasil dari bahan perapan dan balutan daun pandan segar. Resepi ini dipercayai berasal dari Thailand dan biasanya dihidangkan bersama sos pencicah cili Thai yang boleh didapati resepinya di sini.
Ayam dipotong kecil-kecil dan diperap bersama bahan kisar serta bahan-bahan lain. Lagi lama anda perap ayam, lagi sedap rasanya kerana bahan perapan meresap dengan baik ke dalam isi ayam. Terdapat berbagai-bagai versi resepi Ayam Pandan Thai, tetapi bagi Che Nom resepi ini cukup sempurna kerana tidak terlalu kuat bahan rempahnya dan cukup elok sahaja bila digorengkan bersama balutan daun pandan. Sedap dihidangkan bersama nasi panas. Anda harus mencuba resepi istimewa ini.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Video ini terkunci. Sila langgan untuk akses.
- daun pandan saiz besar secukupnya
- 1/2 ekor ayam, potong kecil kepada kiub 1.5 inci setiap satu
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk jintan manis
- 1/2-1 sudu besar serbuk cili (boleh ganti dengan 1 sudu besar cilikisar)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap cair (boleh ganti dengan 1 sudu besar kicap pekat)
- sedikit garam
- bilah pencucuk gigi secukupnya
- 4-5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 ketul kunyit hidup
- 1Bersihkan ayam toskan seketika.
- 2Gaulkan ayam bersama bahan-bahan tumbuk halus dan juga bahan-bahan lain (kecuali daun pandan dan bilah pencucuk gigi). Perap ayam selama minimum 1/2 jam.
- 3Balut ketulan ayam dengan sehelai daun pandan seperti cara membalut ketupat. Tidak perlu terlalu rapat dan ada ruang sedikit. Cucuk dengan bilah pencungkil gigi atau lidi untuk mengelakan dari daun terbuka.
- 4Goreng di dalam minyak panas sehingga masak. Angkat dan hidangkan bersama sos cili Thai dan nasi panas.
- •Kicap cair sudah masin rasanya, jadi anda harus hati-hati jika meletak garam supaya tidak terlebih masin.
- •Jika tiada kunyit hidup, boleh gantikan dengan serbuk kunyit.
- •Bahan-bahan pula sekadar anggaran dan anda boleh agak untuk melebihkan atau mengurangkan sesetengah bahan
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
![Ayam Kapitan](/images/recipes/9F6C08DC-A8F6-4286-8E0D-A77E7B3D6953.jpeg)
Ayam Kapitan
Resepi Ayam Kapitan dari chef terkemuka negara iaitu Chef Wan. Pada mulanya bila tengok resepi tersebut rasa macam biasa...
![Ayam Teriyaki](/images/recipes/09e696d025df592cdc6d2fd2f161915031ef84b6.jpeg)
Ayam Teriyaki
Resepi Ayam Teriyaki yang berasal dari pengaruh masakan Jepun, sangat sedap dan mudah disediakan. Teriyaki membawa maks...
![Rendang Ayam Aidilfitri ala Chef Wan](/images/recipes/DSC_5519.jpg)
Rendang Ayam Aidilfitri ala Chef Wan
Resepi Rendang Ayam, resepi yang diadaptasi dari chef terkemuka kita iaitu Chef Wan. Hidangan yang sedap dimakan bersama...
![Ayam Percik](/images/recipes/Ayam_Percik.jpg)
Ayam Percik
Ayam percik bersalut kuah pedas susuai untuk hidangan dibukan Ramdhan, cukup dengan rasa rempah pekat berlemak. Bila dipanggang, hasilnya sungguh mantap, isi ayam kekal moist dan lembut.
![Ayam Goreng Berempah](/images/recipes/DSC_5048_tjTrhI0.jpg)
Ayam Goreng Berempah
Resepi Ayam Goreng Berempah yang sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Sedap juga jika dimakan ...
![Ayam Masak Kurma Pekat dan sedap](/images/recipes/Kurma_Ayam.jpg)
Ayam Masak Kurma Pekat dan sedap
Che Nom nak kongsikan resepi Ayam Masak Kurma. Sama seperti kari, hidangan ni sangat terkenal di kalangan masyarakat Mel...