Resepi Ayam Masak Kurma Pekat Dan Sedap
Ayam Masak Kurma ni kuahnya pekat, berempah tapi tak pedas sangat, memang sedap hirup sampai licin. Paling ngam makan dengan nasi putih atau nasi tomato, tambah sambal belacan.

Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Masak Kurma
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Hiris kasar bawang putih, bawang merah dan halia. Tumbuk halus dalam lesung batu.
- 2Panaskan minyak dalam ½ mangkuk kecil. Kita perlukan minyak secukupnya supaya rempah masak dengan sempurna.
- 3Tumis rempah 4 sekawan iaitu bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
- 4Masukkan 1-2 tangkat daun kari. Wangi kalau kita masukkan daun kari dalam tumisan.
- 5Setelah itu masukkan bahan tumbuk halus, kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
- 6Masukkkan bancuhan rempah kurma ke dalam kuali. Kacau sehingga rempah kering dan pecah minyak.
- 7Setelah kering, masukkan sedikit air. Setelah kering kali ke 2, Che Nom tambah sedikit air putih…kalau anda rajin ulang langkan ni sebanyak 2-3 kali sampai rempah kita betul2 masak.
- 8Masukkan ayam yang sudah dibersihkan, anggaran ½ ekor.
- 9Masukkan karot dan kentang yang dipotong dadu besar
- 10Tambah 1 mangkuk kecil santan cair. Kalau anda guna santan kotak, boleh masukkan air putih je pada waktu ni.
- 11Masukkan juga 1 biji bawang besar yg dibelah 6.
- 12Bila dah agak empuk karot dan kentang, buka penutup kuali dan masukkan santan pekat, anggaran 1 mangkuk kecil.
- 13Masukkan tomato yang dibelah 4 tadi, cili merah, cili hijau dan cili padi.
- 14Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau nak ganti dengan asam keping pun boleh.
- 15Perasakan dengan garam secukupnya.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 415 kcal
- Protein
- 16.5 g
- Karbohidrat
- 20 g
- Lemak
- 29.5 g
- Serat:
- 2.5 g
- Gula:
- 2.5 g
- Natrium:
- 460 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- '1/2 ekor ayam' disenaraikan dua kali dalam resepi; dikira sekali sahaja (~600 g bertulang).
- Resepi tidak menyenaraikan minyak menumis; 3 sudu besar dianggarkan.
- Santan cair dan santan pekat masing-masing dianggar 1 mangkuk kecil (150 ml).
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Che Nom masukkan sikit2 santan pekat sebab tak nak terlebih santan, tak sedap kalau terlalu berlemak. Kita nak kuah masak kurma yang masih pekat rasa rempahnya. Kalau guna santan kotak, anggaran 1 kotak kecil santan.
Video
Pengenalan
Che Nom nak kongsikan resepi Ayam Masak Kurma. Sama seperti kari, hidangan ni sangat terkenal di kalangan masyarakat Melayu, juga dipercayai hasil dari pengaruh masakan India Cuma cara orang Melayu masak lain sikit lah.
Ianya sangat berempah, tetapi warnanya agak pudar kerana tidak mempunyai serbuk cili di dalam campuran rempahnya. Che Nom akan tunjukkan cara-cara yang terperinci untuk sediakan hidangan klasik ni.
Sedap dimakan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam ulaman. Sesuai juga dimakan bersama nasi tomato.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









