Ayam Pad Kra Pao & Teh Ais Thai
Kali ini kita ke Bangkok Thailand, mencuba menu street food yang tersangat famous di sana iaitu Pad Gaprao (atau Pad Kra Pao) Gai Kai Dao atau Ayam Stir Fry Daun Selasih dengan Telur Goreng.Menu ini mudah saja nak sediakan tapi kena ada satu bahan paling penting iaitu daun selasih atau Thai holy basil. Kalau tiada, memang tak jadi dan memang Che Nom tak sangka lah dengan 1 bahan ni boleh ubah menu yang simple terus jadi special. Bau dan rasa peppery daun tu betul-betul menaikkan selera. Ada rasa pedas, rasa bawang putih. Dipadankan pulak dengan telur goreng. Che Nom makan bersama dengan teh ais yang diimport dari Thailand.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2-3 sudu besar minyak masak
- 3 ulas bawang putih
- 3-5 tangkai cili padi merah
- 1 tangkai cili merah
- 1 isi ayam bahagian dada
- ½ sudu kecil lada sulah
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos ikan
- 2-3 sudu besar kicap pekat manis
- ¼ sudu kecil gula
- 1 genggam daun selasih
- 2 biji telur
- minyak untuk menggoreng telur
- 2 sudu besar serbuk teh
- ½ gelas air panas
- 2-3 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar susu cair
- secubit garam
- ketulan ais secukupnya
- 1Tumbuk halus bawang putih, cili padi merah dan cili merah.
- 2Cincang isi ayam kepada ketulan kecil.
- 3Panaskan minyak dan goreng telur. Tak perlu alihkan telur dan angkat setelah sedikit garing.
- 4Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dan kacau hingga garing dan naik bau.
- 5Masukkan ayam yang dicincang, sedikit lada sulah, sos tiram dan kacau sebati.
- 6Masukkan kicap cair, sos ikan, kicap manis dan gula.
- 7Masukkan daun selasih dan tutup api. Lalu, kacau sehingga daun selasih agak-agak layu.
- 8Kemudian, hidangkan ayam pad kra pao bersama nasi panas dan telur goreng.
- 1Panaskan minyak bersama majerin hingga mendidih.
- 2Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung gandum. Tuang cairan minyak
- 3Masukkan serbuk teh dan air panas kedalam bekas.
- 4Biarkan larut 3-5 minit atau masakkan atas api untuk mendapatkan teh yang lebih pekat.
- 5Tapis air teh dan masukkan susu pekat dan susu cair.
- 6Tambah secubit garam kedalam air teh dan tarik air teh beberapa kali sehingga berbuih.
- 7Hidang dengan ketulan ais dan the ais Thai sudah siap.
- •Jika mahu menggantikan isi ayam, boleh saja menukarkannya dengan daging atau daging kisar.
- •Untuk gorengan telur, gunakan minyak masak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan telur.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Terbaru

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.

Kari Kepala Ikan Jenahak
Resepi kari kepala ikan jenahak pekat dan padu, dengan tips tumis pecah minyak untuk aroma wangi semerbak macam di kedai mamak!

Ikan Siakap Masak Asam
Kuah pedas masam yang wangi dan seimbang, disajikan bersama ikan siakap goreng garing yang pasti membuka selera.

Mee Kari Putih Penang
Mee kari dengan kuah putih yang ringan dan jernih, dihidang bersama sambal tumis udang kering yang padu dan lazat.

Bihun Goreng Sarapan Pagi
Resepi bihun goreng yang mudah dan sedap, lengkap dengan tips supaya bihun lembut dan tidak hancur, sesuai untuk sarapan sekeluarga.

Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...