Resepi Ayam Masak Thai Yang Mengancam Sedapnya
Ayam Masak Thai versi Che Nom ni mudah je, pedas masam menyengat dengan cili segar, kunyit, serai dan daun limau purut. Makan dengan nasi putih memang bertambah selera.

Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Masak Thai
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Masuk semua bahan-bahan untuk dikisar dalam blender dan kisar halus
- 2Gaul ayam bersama serbuk kunyit.
- 3Panasakan minyak. Goreng separuh masak. Ketepikan ayam.
- 4Keluarkan minyak gorengan ayam, tinggal dalam anggaran 2 senduk.
- 5Tumis serai sehingga naik baunya, dan kemudian masukkan bahan kisar halus. Kacau sehingga pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap. Anggaran 10 minit.
- 6Masukkan separuh daun limau purut yang dibuang tulang tengah daunnya. Kacau sampai naik bau daun limau purut.
- 7Masukkan ayam goreng separuh masak tadi, diikuti sos cili, sos tiram dan tambah sedikit air supaya berkuah. Tutup sekejap supaya ayam masak dan meresap kuah.
- 8Tambah baki lagi separuh daun limau purut.
- 9Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.
- 10Tambah hirisan bawang Holland. Kacau sampai layu.
- 11Tutup api. Perah jus limau nipis ke dalam masakan, perah sikit dulu dan rasa. Kalau kurang masam boleh tambah lagi dan kacau sebati.
- 12Hias dengan taburan daun limau purut dan hirisan cili merah. Sedap dimakan dengan nasi putih panas.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 350 kcal
- Protein
- 15 g
- Karbohidrat
- 13 g
- Lemak
- 26 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 5 g
- Natrium:
- 850 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1/2 ekor ayam ~600 g bertulang, 65% isi boleh dimakan dan berkulit.
- 'Minyak secukupnya' dianggar 70 g kekal dalam masakan (serapan goreng + tumis).
- 'Sedikit gula melaka' dianggar 20 g.
- Garam 1 sudu kecil perapan + secukup rasa dalam kuah.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Perahan limau haruslah ditambah setelah tutup api. Jangan masuk awal sangat nanti pahit dan sedap rasanya.
- Masukkan perahan limau sedikit, rasa dulu. kalau kurang masanya boleh perah sedikit lagi.
- Kalau nak lebih berkuah, boleh lebihkan bahan-bahan kisar dan tambah lebih air supaya berkuah.
Video
Pengenalan
Ayam Masak Thai versi Che Nom yang mudah disediakan, rasanya sangat sedap dengan gabungan cili dan kunyit segar, aroma dari daun limau purut dan serai…ditambah pulak dengan perahan jus limau nipis sebagai pelengkap rasa.
Masakan ni memang wajib guna cili segar, barulah mengancam rasanya…Kuahnya masam-masam pedas, memang sangat berselera kalau kita makan dengan nasik putih je. Pendek kata, wajib cuba lah.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









