ResepiCheNom
Ayam Masak Merah Raya Special
Ayam

Resepi Ayam Masak Merah Raya Special

Prep 50 minMasak 40 minJumlah 1 jam 30 minHidangan 10 orang

Ayam Masak Merah Raya Special ni kuahnya pekat, merah menyala dan sedap berempah, memang ngam dengan nasi hujan panas serta acar timun.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 biji 1 biji bawang besar1 biji 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah kecil6 biji bawang merah kecil
  • 6 ulas bawang putih6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 15-20 tangkai cili kering15-20 tangkai cili kering
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • 1 helai daun pandan1 helai daun pandan
  • 4 biji buah pelaga4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kayu manis1 batang kayu manis
  • 3 kuntum cengkih3 kuntum cengkih
  • 2 biji tomato2 biji tomato
  • 1 ekor ayam1 ekor ayam
  • 1 sk serbuk kunyit1 sk serbuk kunyit
  • 2 sk garam2 sk garam
  • 1/4 cawan sos cili1/4 cawan sos cili
  • 2 sb sos tiram2 sb sos tiram
  • 1 sk serbuk perasa1 sk serbuk perasa
  • 1 sb gula melaka1 sb gula melaka
  • Sedikit daun supSedikit daun sup
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • Kacang peaKacang pea

Cara Buat Ayam Masak Merah

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Penyediaan Bahan

  1. 1
    Hiris kasar bawang besar (untuk tumisan).
  2. 2
    Potong kasar bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih dan halia
  3. 3
    Cili kering rebus dan buang biji.
  4. 4
    Tomato potong kasar.
  5. 5
    Masuk bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering dalam blender. Kisar halus.
  6. 6
    Serai titik atau ketuk biar pecah.

Untuk Ayam Goreng

  1. 1
    Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Che Nom potong 10 tapi kalau nak lebih kecil boleh potong 16.
  2. 2
    Bila minyak dah panas, kita goreng ayam separuh masak.
  3. 3
    Bila dah masak boleh angkat dan ketepikan.

Untuk Kuah

  1. 1
    Tumis serai sampai naik bau.
  2. 2
    Sekarang masukkan hirisan bawang besar, rempah 4 sekawan dan daun pandan. Tumis sampai naik bau wangi bahan tumisan.
  3. 3
    Tuang masuk bahan kisar halus dan kacau sampai naik minyak
  4. 4
    Bila nampak macam nak pecah minyak, baru masukkan tomato. Kacau sebati.
  5. 5
    Masukkan sos cili, sos tiram dan serbuk perasa kalau suka.
  6. 6
    Bila kuah nampak nak kering dan gelap sikit, tambah gula melaka (resepi asal guna gula kabung tapi kalau nak guna gula perang atau gula putih pon boleh).
  7. 7
    Selepas 10 minit, tuang masuk semua ayam goreng.
  8. 8
    Gaul sekata biar ayam bergaul sebati dengan kuah.
  9. 9
    Tutup tudung periuk sekejap biar ayam lembut dan masak sepenuhnya sampai ke tulang.
  10. 10
    Tabur kacang pea (Che Nom guna kacang frozen, rasa dia lebih sedap dari yang dalam tin) dan sambung masak sampai kacang lembut.
  11. 11
    Tabur hirisan bawang besar dan daun sup untuk hiasan dan aroma.
  12. 12
    Bila agak- agak bawang besar dah layu boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kalau nak cepat masak, jangan goreng ayam penuh-penuh kuali.
  • Kalau suka lebih berkuah boleh tambah air dan kalau suka kuah yang pekat berlemak boleh tambah susu cair.
Video
Pengenalan

Kali ni jom Che Nom nak masak ayam masak merah, menu special sempena nak raya ni kan, ayam masak merah ni akan dipadankan dengan nasi hujan panas, dan juga, acar timun.

Video lengkap untuk nasi dan acar Che Nom akan share selepas ini. Set ni sesuai sangat lah untuk makan ramai-ramai gathering dengan family. Sesiapa yang baru nak belajar tu, boleh sangat tak susah pon nak masak nya.

Diterbitkan pada 28 April 202348.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru