ResepiCheNom
Ayam Masak Merah Nek Som
Ayam

Resepi Ayam Masak Merah Nek Som

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan 5 orang

Ayam Masak Merah Nek Som ni pekat berempah dengan warna merah menyala, guna cili merah segar sebagai bintang utama. Sedap dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih panas.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 1/2 ekor ayam, dipotong sederhana kecil1/2 ekor ayam, dipotong sederhana kecil
  • 1 sudu kecil kunyit1 sudu kecil kunyit
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 senduk besar minyak2 senduk besar minyak
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air asam jawa3 sudu besar air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasagaram dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus

  • 6 biji cili merah segar6 biji cili merah segar
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang4 ulas bawang
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 2 batang serai, hiris nipis2 batang serai, hiris nipis
  • 3 sudu besar cili kisar3 sudu besar cili kisar

Cara Buat Ayam Masak Merah

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Bersihkan ayam. Gaulkan dengan garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak.
  2. 2
    Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar yang dihiris nipis sehingga kekuningan.
  3. 3
    Tuang bahan kisar halus dan masak sehingga pecah minyak.
  4. 4
    Masukkan ayam dan air asam jawa kemudian masak sehingga ayam dan kuah sebati.
  5. 5
    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sedap jika dilebihkan rasa manis. Angkat dan hidangkan.

Nilai Nutrisi (Anggaran)

Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang

Kalori
350 kcal
Protein
15 g
Karbohidrat
14 g
Lemak
26 g
Serat:
1.5 g
Gula:
5 g
Natrium:
810 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • 1/2 ekor ayam dianggar 600 g bertulang, 65% isi boleh dimakan bersama kulit.
  • 2 senduk besar minyak dianggar 80 g dan dikira 85% kekal dalam masakan.
  • Garam dan gula secukup rasa dianggar 1½ sudu kecil garam dan 1 sudu besar gula.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi ayam masak merah istimewa dari nenek.

Menggunakan cili merah fresh sebagai bahan utama.

Diterbitkan pada 13 Julai 20143.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru