ResepiCheNom
Ayam Masak Merah 2.0
Ayam

Resepi Ayam Masak Merah 2.0

Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jamHidangan 10 orang

Ayam Masak Merah 2.0 ni kuahnya pekat, wangi rempah tumis dan lemak susu, ayam pula lembut tak liat. Sedap sangat makan dengan nasi minyak ala kenduri dan acar rampai.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan A

  • 2 biji bawang besar2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 1 inci lengkuas1 inci lengkuas
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 20-25 biji cili kering20-25 biji cili kering

Bahan B

  • 1 ekor ayam1 ekor ayam
  • 2 sk garam2 sk garam
  • 2 sk serbuk kunyit2 sk serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • 1 batang kulit kayu manis1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga lawang
  • 1-2 helai daun pandan1-2 helai daun pandan
  • 2-3 sb gula melaka2-3 sb gula melaka
  • 2 biji tomato2 biji tomato
  • 2 sb sos tiram2 sb sos tiram
  • 4 sb puri tomato4 sb puri tomato
  • 1 biji bawang besar/holland1 biji bawang besar/holland
  • Serbuk seasoning, jika sukaSerbuk seasoning, jika suka
  • Daun supDaun sup
  • 1/3 cwn susu cair1/3 cwn susu cair

Cara Buat Ayam Masak Merah

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Ayam Masak Merah

  1. 1
    Potong kasar bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Serai nipis (supaya halus elok bila masak nanti).
  2. 2
    Cili kering rebus sehingga lembut, toskan air dan buang biji.
  3. 3
    Kisar halus bahan potong, cili kering dan air (air anggaran separuh tenggelam bahan).
  4. 4
    Hiris nipis bawang besar dan daun sup, potong kasar tomato dan potong membulat bawang holland.
  5. 5
    Perap ayam dengan garam dan kunyit.
  6. 6
    Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  7. 7
    Tumis rempah 2 sekawan (kulit kayu manis dan bunga lawang), bawang besar dan daun pandan. Tumis sampai bawang lembut.
  8. 8
    Masukkan bahan kisar halus dan air. Masak sampai sambal kering dan pecah minyak.
  9. 9
    Masukkan gula melaka dan hirisan tomato. Kacau sebati.
  10. 10
    Masukkan ayam goreng dan tomato puri. Masak sampai ayam meresap kuah sambal.
  11. 11
    Tambah garam, sos tiram, serbuk seasoning (pilihan) dan susu cair.
  12. 12
    Tabur daun sup dan hirisan bawang holland. Kacau sekejap kemudian terus tutup api.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kalau kuali kecil, goreng ayam sikit-sikit. Penuh sangat nanti lambat pulak nak masak sebab suhu minyak dah drop jadi sejuk.
  • Che Nom tak masukkan air asam jawa untuk resepi ni sebab tomato dan tomato puri dah cukup masam
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak share resepi Ayam Masak Merah yang sesuai sangat untuk dipadankan dengan nasik minyak ala kenduri. Teringin sangat nak makan menu nasik minyak, jadi kena lah masak sebab tak ada jemputan kenduri.

Ayam Masak Merah yang sedap mestilah harum bau nya, hasil dari rempah yang ditumis ataupun dikisar. Kuah pun mestilah pekat dengan bawang dan cili yang dimasak dan ada rasa lemak-lemak dari susu. Texture ayam pun tak keras kejung kalau kita makan, lembut elok dimasak. Kalau dipadankan dengan nasi minyak dan acar rampai berempah, memang mantap teruk. Jom tengok cara masaknya.

Diterbitkan pada 19 September 202253.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru