ResepiCheNom
Ayam Masak Halia Paling Sedap
Ayam

Resepi Ayam Masak Halia Paling Sedap

Prep 20 minMasak 15 minJumlah 35 minHidangan 5 orang

Resepi Ayam Masak Halia ni mudah je tapi rasa dia memang padu, sesuai untuk hidang keluarga. Makan dengan nasi panas, memang bertambah-tambah.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 500 gram ayam, potong kecil500 gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak, untuk goreng ayamminyak masak, untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitamsedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyitsedikit garam dan kunyit
  • garam dan gula, secukup rasagaram dan gula, secukup rasa

Cara Buat Ayam Masak Halia

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. 2
    Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
  3. 3
    Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
  4. 4
    Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  5. 5
    Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. 6
    Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.
Video
Pengenalan

Salam semua. Kali ini Che Nom nak kongsikan resepi masakan ayam yang mudah dan sangat sedap iaitu Resepi Ayam Masak Halia.

Kadang kala kita tak perlu bersusah payah untuk masak sesuatu yang terlalu complicated untuk dihidangkan kepada keluarga.

Cukup sekadar masakan yang mudah tapi istimewa hidangan air tangan sendiri, dan dipadankan pula dengan nasi yang panas. Memang sedap! Sila lah cuba resepi ini ya.

Diterbitkan pada 8 Mac 2015175.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru