ResepiCheNom
Kari Ayam Bangladesh
Ayam

Resepi Kari Ayam Bangladesh

Prep 20 minMasak 40 minJumlah 1 jamHidangan 40 orang

Kari Ayam Bangladesh versi Che Nom ni memang mudah, tak perlu tumis-gaul semua bahan dan terus masak.

Bahan-bahan

Bahan

  • 1/2 sb garam1/2 sb garam
  • 1 1/2 cawan air1 1/2 cawan air
  • 4 kg ekor ayam4 kg ekor ayam
  • 1 1/2 biji bawang besar1 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih5 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah kecil2 biji bawang merah kecil
  • 4-5 tangkai cili padi4-5 tangkai cili padi
  • 3 tangkai cili merah3 tangkai cili merah
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 sb jintan putih1 sb jintan putih
  • 2 batang kayu manis2 batang kayu manis
  • 7 biji pelaga7 biji pelaga
  • 1 1/2 sb serbuk kari daging1 1/2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sb serbuk kunyit1/2 sb serbuk kunyit
  • 1/4 cwn minyak masak1/4 cwn minyak masak
  • 2 biji kentang2 biji kentang

Cara Buat Kari Ayam Bangladesh

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Penyediaan Bahan

  1. 1
    Hiris nipis bawang besar. Potong kasar bawang putih, bawang merah kecil, halia, cili padi dan cili merah besar.
  2. 2
    Potong kentang kepada 4 bahagian.
  3. 3
    Tumbuk halus bawang putih, bawang merah, cili padi, cili merah, halia, jintan putih dan buah pelaga.

Untuk Masak

  1. 1
    Dalam kuali, masukkan ayam, bahan tumbuk halus, bawang besar, kulit kayu manis, serbuk kari daging, serbuk kunyit, garam dan minyak masak.
  2. 2
    Gaul sebati kesemua bahan.
  3. 3
    Tambah air, tutup kuali dan masak dengan api perlahan.
  4. 4
    Masukkan kentang, sedikit air dan sambung masak sampai kentang empuk dan minyak terapung.
  5. 5
    Boleh tambah air untuk lebih berkuah.
  6. 6
    Hidang bersama nasi panas.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Dalam video asal ada guna ayam kampung tapi Che Nom guna ayam daging, boleh guna ayam kampung, ayam akan lebih kenyal dan sedap rasa.
  • Boleh masukkan awal-awal kentang tapi Che Nom tak nak kentang terlalu lembut dan hancur, ikut style masing-masing.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak kongsi resepi viral sekarang ni, Kari Ayam Bangladesh! Ha jauh kita pergi. Dan kemudian Che Nom ternampak satu video yang diajar oleh orang Bangladesh sendiri, terus rasa nk cuba. Siap masak tak pakai baju pun ha.

Kari ayam ni senang sangat, tak perlu tumis. Cuma masuk semua bahan, gaul dan masak. Cuma kena rajin sikit lah tumbuk bahan. Kalau tak berapa rajin, kisar aja guna food processor/blender kering.

Selain tak perlu tumis, apa yanga special ialah kita guna biji jintan putih, yang tumbuk halus. Bau harum sampai ke Bangladesh. Buah pelaga pun di tumbuk pecah supaya keluar aroma, pertama kali Che Nom cuba cara ni. Hasil kari ni sangat sedap dan meyelerakan.

Diterbitkan pada 8 September 202218.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru