ResepiCheNom
Ayam Masak Gajus
Ayam

Resepi Ayam Masak Gajus

Prep 10 minMasak 15 minJumlah 25 minHidangan 4 orang

Ayam Masak Gajus ni sedap dan cepat siap, sesuai untuk lauk harian keluarga. Rasa lemak gajus memang ngam bila digaul dengan ayam yang berperisa.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 400 gram ayam, potong sederhana kecil400 gram ayam, potong sederhana kecil
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 biji bawang merah, hiris nipis2 biji bawang merah, hiris nipis
  • 1/2 inci halia, hiris nipis1/2 inci halia, hiris nipis
  • 1/2 senduk minyak masak1/2 senduk minyak masak
  • 1 cawan gajus, goreng tanpa minyak hingga naik bau.1 cawan gajus, goreng tanpa minyak hingga naik bau.
  • 2 sudu besar cili kisar2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu kecil minyak bijan1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar kicap cair1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap manis1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos cili2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar atau bawang holland, potong bulat1 biji bawang besar atau bawang holland, potong bulat

Cara Buat Ayam Masak Gajus

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Goreng ayam separuh masak, lebih baik di goreng di atas kuali non stick. Angkat dan asingkan.
  2. 2
    Panaskan minyak bekas gorengan ayam tadi.Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili kisar dan teruskan masak sehingga pecah minyak.
  3. 3
    Masukkan ayam, kacau selama 1-2 minit, kemudian masukkan sos tiram, sos cili, minyak bijan, kicap manis, kicap cair dan gajus. Teruskan memasak sehingga ayam lembut dan masak sepenuhnya. Taburkan dengan bawang besar dan perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Tujuan menggoreng dulu ayam separuh masak adalah supaya menambahkan lagi kelazatan ayam kerana apabila digoreng, bahagian luar akan garing dan berkaramel.
Pengenalan

Resepi Ayam Masak Gajus yang memang sedap, cepat juga disediakan.

Harus dicuba jika anda ingin mempelbagaikan variasi lauk untuk dihidangkan kepada keluarga.

Rasa gajus yang lemak memang sedap ditambah kepada masakan ini.

Diterbitkan pada 13 Julai 201413.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru