Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.
Ayam

Resepi Ayam Masak Black Pepper Cendawan

Prep 10 minMasak 15 minJumlah 25 minHidangan 3 orang

Ayam Masak Black Pepper Cendawan ni cepat dan mudah, memang ngam untuk hari bekerja. Wajib letak celeri, goreng pantas bagi rangup dan lagi sedap.

Ayam Masak Black Pepper Cendawan

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 300 gram ayam, potong kecil300 gram ayam, potong kecil
  • 5 biji cendawan butang segar, potong 45 biji cendawan butang segar, potong 4
  • 4 batang celeri, potong serong4 batang celeri, potong serong
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 inci halia, hiris nipis1 inci halia, hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar, potong 41/2 biji bawang besar, potong 4
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak bijan1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil kicap manis1 sudu kecil kicap manis
  • 3 sudu besar minyak masak3 sudu besar minyak masak
  • sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pessedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
  • garam dan gula secukup rasagaram dan gula secukup rasa

Cara Buat Ayam Masak Black Pepper Cendawan

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dibatas api yang besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. 2
    Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
  3. 3
    Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, celeri, minyak bijan dan kicap manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
  4. 4
    Tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
  5. 5
    Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 orang · resepi untuk 3 orang

Kalori
380 kcal
Protein
19 g
Karbohidrat
13 g
Lemak
28 g
Serat:
1.5 g
Gula:
5.5 g
Natrium:
840 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
  • 300 g ayam dikira isi berkulit tanpa tulang.
  • 3 sudu besar minyak masak dikira kekal dalam masakan (tumis, bukan goreng dalam).
  • Garam dan gula 'secukup rasa' dianggar 1 sudu kecil setiap satu.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Jangan goreng terlalu lama kerana sayur celeri dan cendawan akan menjadi lembik dan tidak segar.
Video
Pengenalan

Resepi Ayam Masak Blackpepper Cendawan ni sesuai dimasak pada hari bekerja oleh ibu-ibu kerana cepat dan mudah.

Satu bahan utama yang perlu ada dalam masakan ni ialah celeri sebab ianya rangup dan sedap jika digoreng pantas.

Diterbitkan pada 7 September 201452K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru