
Resepi Ayam Kuzi Istimewa
Ayam Kuzi istimewa berempah briyani, kuah pekat dan wangi memang padu. Sedap dimakan dengan nasi minyak, sesuai sangat untuk jamu tetamu musim perayaan.
Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Kuzi
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Tumbuk bawang putih bersama garam, dan lumurkan pada ayam. Perap seketika dan ketepikan.
- 2Beralih pula kepada bahan untuk digoreng. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dihiris nipis tadi. Angkat dan toskan. Kemudian dalam minyak yang sama, goreng pula badam cukup sekadar kekuningan dan angkat. Goreng pula kismis selama 4-5 saat. Goreng bawang besar sehingga lembut dan diikuti pula pedal dan hati sehingga masak. Teruskan pula dengan menggoreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
- 3Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga naik bau. Masukkan daun pandan, serai dan rempah briyani. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak.
- 4Masukkan tomato puri, ayam, pedal dan hati, bawang goreng, kismis, badam, air dan susu cair. Masak selama 20-30 minit. Tambahkan sedikit air jika kuah kering. Kacau sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- 5Hidangkan bersama taburan badam, daun ketumbar dan bawang goreng.
Nilai Nutrisi (Anggaran)
Setiap 1 orang · resepi untuk 10 orang
- Kalori
- 455 kcal
- Protein
- 21.5 g
- Karbohidrat
- 19.5 g
- Lemak
- 32.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 11 g
- Natrium:
- 510 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 ekor ayam dianggar 1.4 kg bertulang, 65% isi boleh dimakan.
- 250 ml minyak digunakan untuk menggoreng ayam dan bawang; 60% dikira kekal dalam masakan.
- Garam dan gula 'secukup rasa' dianggarkan 2 sudu kecil garam dan 2 sudu besar gula.
- Kismis, badam dan ¾ tin susu cair menyumbang sebahagian besar gula dan lemak.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Ayam Kuzi istimewa, dimasak menggunakan rempah briyani. Resepi asal dari Chef Wan, rasanya memang sangat sedap.
Saya memang ikut satu per satu bahan dan langkah yang terdapat dalam resepi cuma bahan mengikut anggaran sendiri.
Kalau tak salah, Resepi Ayam Kuzi ni sangat terkenal di sebelah Kelantan dan Terengganu. Dimakan bersama nasi minyak dan paling sesuai dihidangkan untuk tetamu pada musim perayaan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan

Resepi Ayam Masak Cili Kering Padu, Kuah Pekat Pedas Manis

Resepi Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Mudah & Sedap

Resepi Ayam Sambal Berlada

Resepi Ayam Masak Daun Kari Member

Resepi Ayam Masak Daun Kari

Resepi Ayam Masak Sos Cili Thai
Resepi Terbaru

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer

Resepi Ayam Penyet Sambal Ijo (Cara Gerai Indonesia)

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Gaya Restoran Thai

Resepi Keropok Lekor Homemade: Lembut, Kenyal & Tak Liat


