Resepi Ayam Goreng Kunyit
Ayam goreng kunyit simple tapi padu, wangi kunyit dan rangup di luar. Sedap makan panas-panas dengan sambal belacan, memang bertambah nasi.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 300g ayam, bahagian dada
- 4 batang kacang panjang, potong 2 inci
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 senduk minyak masak
- 1 biji bawang besar, hiris nipis
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1 biji bawang merah, hiris nipis
- 1 biji cili merah, hiris nipis
Cara Buat Ayam Goreng Kunyit
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.
- 2Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau.
- 3Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 3 orang
- Kalori
- 370 kcal
- Protein
- 32 g
- Karbohidrat
- 8.5 g
- Lemak
- 22.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 2.5 g
- Natrium:
- 860 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Garam tiada dalam senarai bahan; 1 sudu kecil dianggarkan.
- 2 senduk minyak (~80 g) dikira 70% kekal dalam masakan kerana ini goreng cetek.
- Dada ayam tanpa kulit.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras.
Video
Pengenalan
Resepi ayam goreng kunyit yang simple dan sedap.
Sesuai dihidangkan bersama sambal belacan, pasti lazat sekali
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









