
Ayam Goreng Kunyit Ala Mat Rock Dan Sambal Belacan
Jumpa lagi kita pada video kali ni, dan Che Nom nak share resepi Ayam Goreng Kunyit ala Mat Rock, siap pakej dengan sambal belacan yang padu! Resepi ni bukan nya resepi asal, cuma Che Nom saja suka-suka masak dan buat sampai dapat hasil yang ala-ala nak sama. Boleh lah nak buat idea menu bulan puasa nanti. Nak rasa yang ori, kena pergi kedai Mat Rock.
Apa yang menarik ialah, ayam nya tu kita perap dengan kunyit dan rempah-rempah lain. Kemudian kita goreng sampai garing tapi masih lembut di dalam dan siap dengan sayur-sayur lagi. Makan pula dengan sambal belacan yang pedas dan mantap rasa dia, gu dengan telur goreng makcik kantin, kicap sikit. Memang terbaik.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 500g isi ayam
- 2-3 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar serbuk kari
- ½ sudu besar serbuk ketumbar
- ½ sudu besar serbuk seasoning
- 2 sudu besar tepung beras
- Sedikit air
- ½ batang lobak merah
- 3 batang kacang panjang
- ½ biji bawang holland
- Bunga kubis
- 1 tangkai cili merah
- 1 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang putih
- ½ biji bawang holland
- 5-10 tangkai cili padi
- 2 tangkai cili merah
- 1 inci belacan
- 5 biji limau kasturi
- 1 biji kecil tomato (kalau besar letak ½ biji saja)
- 1-2 sudu kecil garam
- 2-3 sudu kecil gula
- ½ cawan air asam jawa
- Telur goreng
- Kicap
- 1Tumbuk halus bawang merah dan bawang putih.
- 2Gaul potongan isi ayam bersama kunyit, garam, serbuk kari daging, serbuk ketumbar, serbuk seasoning, tepung beras, bawang tumbuk dan sedikit air. Gaul sebati kesemua bahan.
- 3Perap ayam seketika.
- 4Panaskan minyak, lalu goreng ayam perapan. Kerapkan kacau ayam sehingga agak garing.
- 5Masukkan potongan sayur dan cili sehingga layu.
- 6Angkat gorengan ayam kunyit dan toskan minyak.
- 7Kemudian, ayam goreng kunyit siap untuk dihidang bersama sambal belacan, telur goreng, nasi putih panas dan kicap.
- 1Kisar kasar bawang putih, bawang holland, cili padi, cili merah, limau kasturi, tomato (pilihan), air asam jawa, belacan bakar, garam dan gula.
- •Untuk sambal belacan, kisarkan limau kasturi berserta kulitnya tetapi hendaklah buang biji limau terdahulu supaya rasa sambal belacan tidak terasa pahit.
- •Jika sambal belacan terlalu kering ketika dikisar, tambah sedikit air tetapi elakkan daripada terlalu banyak air.
- •Kerapkan mengacau ayam kunyit ketika menggoreng untuk mendapat tekstur ayam yang rangup dan sedap.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Ayam Gepuk Ala Pak Gembus
Ayam Gepuk, masakan yang berasal dari negara jiran iaitu Indonesia. Apa yang special dengan resepi ayam gepuk ni, kita p...
Diterbitkan pada 11 Ogos 2021

Ayam Masak Butter
Untuk kali ini, Che Nom akan kongsi resepi ayam masak butter versi baru. Ketulan isi ayam yang diperap dengan salutan te...
Diterbitkan pada 3 November 2022

Ayam Goreng Korea Cheese Bertali
Ayam goreng korea yang amat rangup, digoreng dengan teknik istimewa, disalut dengan sos Gochujang yang pekat manis dan pedas, kemudian diilit pula dengan Mozzarella Cheese yang lembut dan bertali pasti menambat hati keluarga terutamanya anak-anak.
Diterbitkan pada 17 April 2024

Ayam Masak Sos Tiram Thai
Che Nom kongsikan resepi mudah Ayam Masak Sos Tiram ala Thai, sesuai untuk yang buntu nak masak ayam. Gabungan rasa masam, masin, pedas, manis memang membuka selera.
Diterbitkan pada 1 Januari 2024

Tauhu berlauk dan sambal kicap
Tauhu Berlauk yang rangup di luar dan lembut di dalam. Menu tinggi protein dan rendah karbohidrat ini sesuai untuk yang berdiet. Cicah dengan sambal kicap memang "kebaboom"!
Diterbitkan pada 10 Disember 2023

Ayam Masak Cili Kering
Untuk kali ini, Che Nom nak kongsi masakan yang mudah..yang sesuai untuk mak mak yang sibuk..maklum lah bila tengah2 m...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.