Ayam Goreng Rangup Ala Kfc Set Coleslaw & Mashed Potato

Kali niChe Nom nak share resepi Ayam Goreng ala KFC lengkap dengan hidangan sampingan yang mesti ada, iaitu Coleslaw dan Mashed Potato.

Dalam video ni ada lima bahagian kesemuanya, bermula dengan proses perapan ayam dengan bahan-bahan rempah untuk tekstur dan rasa isi ayam sedap, kemudian yg ke dua, penyediaan coleslaw yang rangup berlemak dan sedap dimakan sejuk.

Bahagian ke tiga. Penyediaan mashed potato yang lembut dan creamy, dan juga cara penyediaan brown sauce untuk dihidang bersama kentang, yang ke empat, bahan-bahan untuk hasilkan tepung kering salutan ayam yang penuh dengan rasa rempah dan hasilnya sangat memuaskan dgn cuma guna bahan-bahan biasa ada di dapur aja.

Dan last sekali yang ke lima, cara penyediaan ayam goreng KFC dari proses gaul, celup dan goreng. Ayam nya memang sangat rangup, dan isi ayam pun lembut dan moist aja, terasa perapan tu bila makan. .

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk ayam perap:
    • 1 ekor ayam
    • 2 ulas bawang putih
    • -1 inci halia
    • 1 sudu besar serbuk ketumbar
    • sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1 sudu kecil serbuk kari
    • 1 sudu kecil serbuk paprika
    • sudu besar serbuk seasoning
    • sudu kecil garam
    • sudu kecil serbuk lada putih
    • cawan air
  • Bahan-bahan untuk tepung goreng:
    • 3 cawan tepung gandum
    • 1 cawan tepung jagung
    • 1 sudu besar serbuk kari
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • 1 sudu kecil garam halus
    • 1 sudu besar serbuk seasoning
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1 sudu kecil serbuk lada putih
    • 1 sudu besar serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
  • Bahan-bahan untuk coleslaw:
    • 1 mangkuk besar hirisan kubis
    • -1 batang lobak merah
    • 3-4 sudu besar mayonis
    • Sedikit jus lemon
    • Secubit garam
    • Sedikit gula
    • 1-2 sudu besar susu full cream
  • Bahan-bahan untuk kentang putar:
    • 4 ketul /600g kentang
    • Air untuk rebusan
    • 1 sudu kecil garam
    • 1 sudu kecil mentega
    • Secubit garam
    • Sedikit susu full cream
  • Bahan-bahan untuk sos perang:
    • 2 sudu besar mentega
    • 1 sudu besar tepung gandum
    • 1 kiub pati lembu atau ayam
    • 2 cawan air
    • Sedikit kicap (untuk warna)
    • sudu kecil serbuk lada hitam

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk perap ayam:
    1. Dalam mangkuk besar masukkan ayam, parutan bawang putih (boleh ganti serbuk bawang putih 2 sudu kecil), halia, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk kari daging, serbuk paprika, gula, serbuk seasoning, garam dan serbuk lada sulah.
    2. Tuang air dan gaul sekata 1-2 minit kemudian perap dalam peti ais.
  2. Cara-cara untuk coleslaw:
    1. Potong lemon, hiris sederhana nipis kubis, dan parut kasar lobak merah.
    2. Campur lobak merah dan kubis, masukkan mayonis, jus lemon, garam dan gula. Kemudian gaul sebati.
    3. Masukkan susu full cream untuk loose sikit kepekatan dressing. Sambung gaul dan simpan dalam peti sejuk.
  3. Cara-cara untuk mashed potato:
    1. Kentang potong dua kemudian rebus dalam air dan sedikit garam.
    2. Tapis air dan kupas kulit kentang. Tekan kentang sampai halus. Masukkan butter, garam dan sambung gauli.
    3. Bila kentang dah halus masukkan susu full cream dan gaul sebati kemudian ketepikan.
  4. Cara-cara untuk sos perang:
    1. Cairkan butter kemudian masukkan tepung gandum dan kacau perlahan sehingga keperangan.
    2. Masukkan kiub ayam (kiub lembu lebih bagus sebab warna akan jadi lebih gelap) dan tambah air kemudian sambung masak sampai pekat.
    3. Masukkan serbuk lada hitam, kicap (boleh ganti dengan sos Worcestershire) dan masak sehingga kuah mendidih.
  5. Cara-cara untuk tepung salutan:
    1. Dalam mangkuk yang besar masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, serbuk cili, garam, serbuk seasoning, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk ketumbar dan baking soda. Gaul sebati.
    2. Masukkan ayam perap dalam tepung dan gaul sekata (letak anggaran 3-4 ketul sekali gaul).
    3. Celup dalam air (sekali sahaja) kemudian masukkan balik dalam tepung dan gaul lagi sekali.
    4. Panaskan minya dan goreng ayam sampai keperangan. Minyak perlu dalam sepenuhnya untuk goreng.
    5. Angkat ayam dan hidangkan bersama coleslaw, mashed potato dan sos perang.

Tip:

  • Kalau peha ayam, kelar sikit supaya cepat masak.
  • Test dengan garfu kalau lembut kiranya kentang dah empuk
  • Setiap kali nak ulang proses gaul tepung, tapis keluar keluar ketulan tepung.
  • Untuk angkat ayam, rehatkan ayam atas jaring atau penapis besi supaya ada ruang untuk wap panas keluar, jangan letak atas tisu nanti wap panas bahagian bawah teperangkap dan meruap ayam akan jadi lembik bahagian bawah.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Youtube Video

Resepi Berkaitan:

Coleslaw ala KFC

Resepi Coleslaw ala KFC, mudah dan sungguh cepat disediakan. Kanak-kanak pun suka makan coleslaw, tambahan pula jika disejukkan dulu di dalam peti ais sebelum dihidangkan. Keluarga saya suka makan coleslaw bersama ayam goreng ala KFC. Resepi ayam goreng ala KFC juga ada iResipi.com.

Ayam Goreng ala KFC

Resepi Ayam Goreng ala KFC, tapi menggunakan bahan campuran mengikut selera sendiri. Ayam goreng ni memang favourite saya sekeluarga. Sangatlah mudah dan cepat nak disediakan. Tepung Kentucky tu tak kisah jenama apa. Saya biasa gunakan jenama Joji atau Puas.

Set Ayam Goreng Kunyit

Resepi Ayam Goreng Kunyit yang rangup di luar dan lembut di dalamnya. Beserta cara untuk menyediakan sambal belacan dan sup kosong.

Ayam Goreng Korea Super Rangup

Nak tengok cara masak ayam goreng korea dengan resepi salutan yg baru? Jom tengok resepi ni. Ayam biasanya Che Nom akan guna bahagian kepak yang diperap dulu dengan beberapa bahan supaya menyerap rasa, dan kali ni kita gaul ayam dengan salutan tepung basah sebelum disalut lagi sekali dengan adunan tepung …

Peria Goreng Rangup

Resepi peria goreng yang sangat rangup dan sedap. Che Nom rujuk kepada blog Allahyarham Mamak Haji, yang memang tak pernah lokek berkongsi ilmu masakan..memang sumber rujukan tetap kalau nk belajar masakan style mamak. Dalam video juga Che Nom kongsikan TIPS untuk cara gorengan supaya peria goreng kita tu nanti tahan …

Cempedak Goreng Rangup

Resepi Cempedak Goreng yang sungguh rangup, sangat mudah disediakan, enak dihidangkan bersama teh o panas, dan jugak hidangan yang lazat untuk juadah berbuka puasa apabila digoreng panas. Pastikan menggunakan cempedak yang masak tetapi tidak terlalu ranum.

Ayam Goreng Korea Rangup dan Sedap

Che Nom akan sediakan Dakganjeong atau Ayam Goreng Korea yang bersalut dengan sos istimewa. Ayam Goreng Korea ni memang special sebab cara gorengannya supaya rangup iaitu goreng ayam sebanyak 2 kali. Memang betul-betul rangup hasilnya.Dalam resepi ni Che Nom share 2 jenis sos iaitu yang pertama menggunakan sos gochujang.Sos yang kedua pula ialah pilihan resepi kalau …

Ayam Goreng 3X Pedas Ala Mcd

Kali ni Che Nom nak share resepi ayam goreng pedas & rangup, inspirasi dari ayam goreng McDonalds pedas 3x. Pada resepi sblm ni Che Nom dh share resepi ayam goreng yang kurang pedas, dan ramai pula minta versi pedas jadi Che Nom akan share cara untuk perap ayam dengan semua …

Ayam Goreng Honey Butter Ala Korea

Hi Semua, kali ini Che Nom nak masak satu hidangan ala-ala Korea, inspirasi dari youtuber korea yang terkenal iaitu Maangchi. Kalau masakan Korea mesti suka tengok Maangchi. Che Nom nak sediakan Korean Honey Butter chicken versi yang pedas sikit, kira ada sedikit twist lah ikut citarasa Che nom, citarasa orang …