Ayam Goreng 3x Pedas Ala Mcd

Kali ni Che Nom nak share resepi ayam goreng pedas & rangup, inspirasi dari ayam goreng McDonalds pedas 3x. Pada resepi sblm ni Che Nom dh share resepi ayam goreng yang kurang pedas, dan ramai pula minta versi pedas jadi Che Nom akan share cara untuk perap ayam dengan semua rempah ratus dan juga beberapa jenis cili yang mudah untuk kita dapatkan. Kombinasi jenis cili ni yg akan tambah lagi tahap kepedasan ayam goreng, kow kow punya.Ada penambahbaikkan untuk cara salut ayam hasil dari tips yang dikongsi oleh anda semua pada komen sebelum ini untuk dapatkan ayam goreng rangup yg sedap dan lebih elok kerinting atau kriuk nya. Lebih sedap dimakan dgn dengan sos cheese yang boleh kita buat sendiri di rumah aja kalau tak ada yang instant.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk perapan ayam:
    • 1 ekor ayam (10 ketul)
    • 1 sudu besar serbuk perasa cajun
    • 2 sudu besar serbuk cayenne
    • 1 sudu besar serbuk lada hitam
    • 1 sudu besar serbuk seasoning
    • 1 sudu kecil garam
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • 1 sudu kecil serbuk lada putih
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 25-35 tangkai cili padi
    • 1/2 sudu kecil gula
    • 1/2 cawan air
  • Bahan-bahan untuk tepung goreng:
    • 3 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 cawan tepung jagung
    • 2 sudu besar serbuk seasoning
    • 2 sudu besar serbuk perasa cajun
    • 2 sudu besar serbuk cayenne
    • 2 sudu besar serbik cili
    • 1 sudu besar serbuk lada hitam
    • 1 sudu besar serbuk lada putih
    • 1 sudu kecil soda bikarbonat
    • 1 sudu kecil garam
  • Bahan-bahan untuk sos cheese:
    • 1 sudu besar mentega
    • 1 sudu besar tepung gandum
    • 1 cawan susu full cream
    • 3/4 cawan keju cheddar parut ATAU 2 keping keju chesdar
    • 1/2 sudu kecil serbuk cayenne
    • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
    • Sedikit garam (jika suka)
  • Bahan-bahan untuk celupan & gorengan ayam:
    • Air sejuk
    • Minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk perap ayam:
    1. Cili padi, buang tangkai dan cincang kasar. Masuk cili padi dan air dalam blender dan kisar halus.
    2. Perap ayam dengan serbuk perasa cajun, serbuk cayenne, serbuk lada hitam, serbuk seasoning, garam, serbuk cili, serbuk lada putih, bawang putih parut, halia parut, cili padi kisar dan gula. Gaul sebati ayam dan perap (lebih sedap perap semalaman)
  2. Cara-cara untuk tepung salutan:
    1. Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk seasoning, serbuk perasa cajun, serbun cayenne, serbuk cili, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, baking soda dan garam. Gaul sebati.
    2. Pindah tepung salutan dalam tray/dulang yang besar. Gaul ayam perap dengan tepung. Masuk dalam 3 ketul ayam sekali gaul dan alih 4/5 kali.
    3. Pindah dalam penapis plastic dan rendam dalam air sejuk anggaran 30 saat. Angkat, toskan air dan salut dengan tepung sekali lagi.
    4. Panaskan minyak (suhu yang sesuai 175C). Goreng sampai keperangan.
    5. Angkat ayam dan rehatkan atas rak penyejuk.
  3. Cara-cara untuk cheese sauce:
    1. Parut keju.
    2. Cairkan butter dalam kuali, masukkan tepung gandum, tuang susu full cream dan masak sampai pekat dan mendidih.
    3. Masuk keju cheddar parut dan kacau sampai larut.
    4. Masuk garam, serbuk cayenne, serbuk lada hitam. Adjust dengan susu kalau pekat sangat.
    5. Hiding bersama ayam goreng.

Tip:

  • Setiap kali gaul tepung, tapis keluar ketulan kasar yang tinggal dalam tepung salutan ayam.
  • Untuk goreng, guna periuk yang tebal, kalau tak ayam mudah hangit bahagian luar tapi dalam tak masak lagi.
  • Control juga api supaya tak terlalu panas.
  • Minyak kena banyak sampai tengelam
  • Jangan goreng banyak dalam satu masa.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.