
Ayam Buttermilk
Resepi Ayam Buttermilk yang sungguh sedap dan anak-anak pasti suka. Cara nak buat pun agak mudah dan tidak memerlukan banyak bahan yang rumit. Sesuai jika digunakan ayam bahagian dada atau isi, tetapi boleh juga nak gunakan bahagian tulang yang lain.
Ayam perlu digoreng dulu bersama salutan tepung kemudian dimasukkan ke dalam kuah buttermilk. Rasanya, lemak, manis masin secukup rasa dan haruman dari daun kari sangat memikat selera.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 ketul besar ayam, bahagian dada
- 1/2 tin susu cair
- 3 ulas bawang putih, hiris halus
- 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
- 4 sudu besar mentega
- 2 tangkai daun kari
- 4 biji cili padi
- Sedikit garam
- 2-3 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 biji telur
- Air secukupnya
- 1Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
- 2Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
- 3Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
- 4Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- 1Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
- 2Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
- 3Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- •Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Biskut Makmur
Resepi Biskut Makmur, resepi kuih yang menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya. Menggunakan kacang tanah yang dikisar...
Diterbitkan pada 20 Ogos 2013

Mee Udang ala Sg Dua, dia punya surr!
Resepi kali ni ialah mee udang. Tiba-tiba teringin nak makan Mee Udang Sg Dua, tapi jauh sangat kena lah buat sendiri. B...
Diterbitkan pada 5 Julai 2022

Kuih Lapis Lemak Manis
Kali ni Che Nom nak share cara buat kuih tradisional iaitu kuih lapis. Kuih lapis ni sedap sangat dengan rasa lemak mani...
Diterbitkan pada 27 Julai 2022
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.