ResepiCheNom
Asam Pedas Ikan Tenggiri Istimewa
Ikan

Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Istimewa

Prep 20 minMasak 20 minJumlah 40 minHidangan 4 orang

Asam pedas ikan tenggiri istimewa versi Che Nom, kuah pekat cukup rasa dan pedas menyengat. Boleh juga tukar ikan pari atau kembung, memang padu makan dengan nasi panas.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Asam Pedas

  • 4 keping hirisan ikan tenggiri4 keping hirisan ikan tenggiri
  • 5-8 biji kacang bendi5-8 biji kacang bendi
  • 1 biji tomato, dibelah 41 biji tomato, dibelah 4
  • secekak daun kesum atau daun laksasecekak daun kesum atau daun laksa
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah 41 kuntum bunga kantan, dibelah 4

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • ATAU 1 senduk cili kisarATAU 1 senduk cili kisar
  • 6 biji bawang merah6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia2 cm halia
  • 1 batang serai,hiris nipis ambil bahagian lembut1 batang serai,hiris nipis ambil bahagian lembut
  • 2 biji buah keras, optional2 biji buah keras, optional
  • 1 sudu besar belacan, dibakar1 sudu besar belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam1 sudu kecil lada hitam

Cara Buat Asam Pedas Ikan Tenggiri

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan 1 senduk minyak dan tumis bahan kisar halus di atas api perlahan sehingga masak dan pecah minyak. Kalau minyak kurang tambahkan lagi supaya bahan kisar betul-betul masak. Minyak haruslah pecah terasing dari cili dan itu menandakan rempah masak elok.
  2. 2
    Masukan ikan dan air asam jawa. Masak seketika sehingga ikan separuh masak dan kemudia tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti kuah cair.
  3. 3
    Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Masak lagi sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. 4
    Masukkan kacang bendi dan kemudian diikuti tomato pada saat terakhir sebelum angkat.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jangan masak bendi dan tomato terlalu lama nanti sayur jadi lembik dan pecah di dalam kuah
Video
Pengenalan

Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Istimewa pilihan Che Nom, dan semestinya salah satu lauk kegemaran kami sekeluarga.

Asam pedas ni menggunakan ikan tenggiri tetapi anda boleh gantikan dengan ikan pari atau ikan kembung.

Inilah resepi yang sangat memenuhi citarasa Che Nom, kepedasan dan kepekatan kuahnya yang cukup rasa memang sedap! Cuba ye :)

Diterbitkan pada 29 Mac 201576.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru