Resepi Kari Ikan Bawal
Kari Ikan Bawal ni mudah tapi padu, Che Nom tambah sikit serbuk cili bagi kuah lagi merah cantik dan rasa rempah seimbang. Sedap makan dengan roti jala, esok lagi pekat dan sebati.

Bahan-bahan
Cara Buat Kari Ikan Bawal
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bancuh serbuk kari bersama serbuk cili dengan sedikit air.
- 2Panaskan minyak, tumis bahan hiris nipis dan bahan rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
- 3Masukkan daun kari dan bancuhan serbuk rempah tadi. Masak sehingga rempah pecah minyak. Tambah sedikit air dan teruskan masak sehingga pecah minyak lagi sekali.
- 4Masukkan air asam jawa dan ikan.
- 5Tutup sekejap kuali supaya ikan masak sedikit.
- 6Masukkan santan, sedikit air, tomato, sayur bendi dan cili merah. Perasakan dengan garam secukupnya.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 3 orang
- Kalori
- 450 kcal
- Protein
- 21.5 g
- Karbohidrat
- 18 g
- Lemak
- 33.5 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 3.5 g
- Natrium:
- 800 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Ikan bawal 1 ekor dianggar 500 g, 55% isi boleh dimakan.
- Minyak menumis tidak disenaraikan; dianggar 3 sudu besar.
- 1 mangkuk santan dianggar 250 ml santan pekat.
- Garam secukup rasa dianggar 1 sudu kecil untuk seluruh periuk.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Untuk masak kari yang sedap, rempah harus ditumis sehingga betul-betul masak. Cara untuk pastikan rempak masak ialah dengan tumis sehingga rempah pecah minyak, kemudian tambah air beberapa kali dan masak sehingga rempah pecah minyak pada setiap kali selepas tambah air.
Video
Pengenalan
Resepi Kari Ikan Bawal yang mudah dan sedap. Untuk masakan kari Che Nom suka tambah sedikit serbuk cili supaya dapat mengimbangi rasa rempah dan pedas serta warna kuah kari juga akan menjadi lebih cantik.
Che Nom gunakan ikan bawal emas bersaiz sederhana untuk resepi ini, anda boleh juga gunakan ikan bawal hitam atau bawal putih. Sedap sangat kari ni kalau dimakan bersama roti jala, lagi sedap jika disimpan untuk dimakan pada keesokan harinya kerana rasa kuah menjadi lebih sebati.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









