ResepiCheNom
Asam Pedas Ikan Pari
Ikan

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Prep 30 minMasak 20 minJumlah 50 minHidangan 8 orang

Asam Pedas Ikan Pari versi mudah tapi padu, kuah pekat masam pedas memang membuka selera. Tip penting, basuh pari dengan pati asam jawa supaya hilang hanyir.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Asam Pedas

  • 1 ekor ikan pari, potong kecil1 ekor ikan pari, potong kecil
  • Minyak untuk menumisMinyak untuk menumis
  • 2 sudu kecil halba2 sudu kecil halba
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 3-4 helai daun limau purut3-4 helai daun limau purut
  • 1 mangkuk cili kisar1 mangkuk cili kisar
  • sedikit air asam jawasedikit air asam jawa
  • Air secukupnyaAir secukupnya
  • Kacang bendiKacang bendi
  • tomatotomato
  • daun kesumdaun kesum
  • garam dan gula secukup rasagaram dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus

  • 2 ketul kunyit hidup2 ketul kunyit hidup
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih5 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah6 biji bawang merah
  • sedikit belacansedikit belacan

Cara Buat Asam Pedas Ikan Pari

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Blender bahan-bahan untuk kisar halus dan ketepikan.
  2. 2
    Panaskan minyak dan tumis halba diikuti serai, daun limau purut dan bahan-bahan kisar halus tadi.
  3. 3
    Masukkan pula 1 mangkuk cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Selepas pecah minyak yang pertama, tambah sedikit air dan masak lagi sehingga pecah minyak. Ulang 3-4 kali untuk memastikan bahan tumisan cili yang mengandungi belacan betul-betul masak dan sedap rasa kuah nanti.
  4. 4
    Masukkan pati air asam jawa dan air putih untuk kuah.
  5. 5
    Masukkan ikan pari dan masak sehingga kuah mendidih.
  6. 6
    Masukkan bendi, tomato dan daun kesum kemudian masak sehingga sayur lembut.
  7. 7
    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Bahan tumisan bercili hendaklah dimasak sehingga betul-betul pecah minyak di dalam minyak yang banyak. Kalau terlebih minyak jangan risau, selepas masak boleh sendukkan keluar minyak dari kuah asam pedas.
Video
Pengenalan

Resepi Asam Pedas Ikan Pari yang mudah dan sangat menyelerakan. Ikan Pari memang sangat sedap kalau dimasak asam pedas.

Cuma pastikan basuh ikan pari bersama sedikit pati asam jawa supaya hilang bau hanyirnya.Hidangan ini sedap dimakan bersama ulam sambal belacan, atau juga bersama ikan pekasam yang digoreng pedas bersama cili padi. Memang hidangan yang membuka selera.

Che Nom bertanyakan resepi ini dari kawan orang Melaka, silalah cuba ye. Boleh rujuk video YouTube pada link di bawah untuk cara-cara yang lebih menarik dan jelas.

Diterbitkan pada 27 Januari 2019100.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru