Asam Pedas Ayam Style Melaka
Ayam

Asam Pedas Ayam Style Melaka

Ayam Asam Pedas style Melaka, yang memang tak dinafikan lagi sedap sungguh rasanya. Mula-mula Che Nom tengok ada satu rancangan masak kat TV, perkongsian dari seorang saudara dari Melaka, dengan kuah yang pekat dan bnyk bahan-bahan menarik dimasukkan , sampai teliur lah Che Nom tengok. Resepi asal guna daging tetel, tapi Che Nom tukar dengan ayam.

Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 15 Ogos 20207405 paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • sedikit air
  • 4 biji bawang merah kecil
  • Anggaran 20 biji cili kering
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1-2 ketul kunyit
  • 1 ketul kecil belacan

  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 batang serai
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan air pati asam jawa
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 6 tangkai daun kesum
  • 1 biji terung bulat
  • sedikit air, untuk lebih berkuah
  • 1 sudu besar kerisik
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji tomato
  • 6 batang sayur bendi
Cara Memasak

  1. 1
    Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan kunyit hidup.
  2. 2
    Potong 4 tomato, terung bulat dan bunga kantan.
  3. 3
    Sayur bendi potong dan buang hujung je.
  4. 4
    Daun kesum
  5. 5
    Masukkan kedalam blander cili kering (yang telah direbus dan buang biji), lada hitam, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, belacan dan sedikit air.
  6. 6
    Kisar halus.
  7. 7
    Panaskan minyak.
  8. 8
    Masukkan sikit halba.
  9. 9
    Tumis bahan kisar halus.
  10. 10
    Tambah sedikit air dan masak sampailah garing.
  11. 11
    Ulang proses tambah air dan masak kering sehingga 3-4 kali.
  12. 12
    Bila cili dah masak, masukkan ayam.
  13. 13
    Masukkan serai yang letah dititik atau ketuk sampai pecah.
  14. 14
    Masukkan daun limau purut dan masak sehingga kuah kering dan ayam separuh masak.
  15. 15
    Masukkan air pati asam jawa.
  16. 16
    Kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum, terung bulat, tambah air sikit dan masak sehingga kesemua bahan jadi lembut.
  17. 17
    Masukkan kerisik.
  18. 18
    Masukkan gula dan garam secukupnya.
  19. 19
    Masukkan tomato.
  20. 20
    Tambah air untuk lebih berkuah.
  21. 21
    Last sekali masukkan bendi.
Petua & Panduan
  • Untuk asam pedas style melaka, akan letakkan kelapa bakar atau kerisik.

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

786 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Resipi Berkaitan