Apam Mekar

Kali ni Che Nom kongsi resepi apam mekar yang gerenti jadi dan cantik mekarnya. Ada beberapa tips penting untuk dapatkan apam mekar yang lembut, gebu dan pecah merekah dengan sempurna. Kalau buat berniaga memang terbaik.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk apam mekar:
    • 1 1/3 cwn /150g tepung beras
    • 2/3 cwn /85g tepung gandum
    • 1/2 sk serbuk yis kering
    • 1 1/2 cwn / 320ml santan
    • 2/3 cwn /130g gula
    • 1/4 sk garam
    • 1 1/2 sk serbuk penaik
    • 1-2 titik pati sirap ros atau pewarna

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk apam mekar:
    1. Sukat masuk tepung beras, tepung gandum dan yis kering dalam mangkuk. Ketepikan.
    2. Santan Che Nom guna santan kotak 200ml dan tambah air ½ cawan / 120ml.
    3. Masuk santan, air dan gula dalam kuali dan masak atas api kecil. Kacau sebati.
    4. Masukkan garam dan masak sampai suam dan gula cair.
    5. Bila gula dah cair tutup api dan sejukkan.
    6. Kacau sebati adunan kering dan masukkan adunan santan sedikit demi sedikit. Kacau sebati kesemua bahan.
    7. Bila adunan dah sebati, tutup dan perap adunan anggaran 30 minit.
    8. Selepas perap, kacau adunan sampai hilang gelembung anggaran 2-3 minit.
    9. Masukkan baking powder dan sambung kacau sampai sebati.
    10. Asingkan sedikit adunan (untuk warna plain) dan selebihnya masukkan pati sirap ros atau pewarna.
    11. Untuk acuan Che Nom guna acuan lompang saiz 5cm.
    12. Kukus kosong acuan anggaran 7-10 minit.
    13. Kacau adunan dan tuang masuk adunan dalam acuan sampai penuh.
    14. Tutup dan kukus anggaran 20 minit.
    15. Sejukkan anggaran 5-10 minit sebelum keluarkan apam dari acuan.

Tip:

  • Sebelum kukus pastikan balut tudung pengukus dengan kain untuk elak air menitik atas apam.
  • Pastikan adunan santan suam sebelum tuang masuk dalam adunan kering, takut yis mati dan apam bantat nanti.
  • Tips untuk apam kembang elok, jangan gris acuan tapi kukus kosong acuan selama 7-10 minit.
  • Sebelum masuk adunan dalam acuan, kacau dulu setiap kali nak tuang untuk hilangkan gelembung.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.