
Putu Mayam yang lembut dan sangat sedap
Kali ni Che Nom nak share cara untuk sediakan idiyappam atau biasa dipanggil putu mayam. Dulu-dulu Che Nom selalu beli beli di pasar malam dan bila melintas lalu di depan gerai putu mayam memang tak boleh tahan bau wangi dari pengukus tu. Sedap sangat baunya.
Tempat Che Nom tinggal sekarang susah nak cari, jadi kena lah belajar buat sendiri. Ada cara mudah nak membuatnya di rumah. Kita boleh guna bancuhan tepung beras saja. Cuma kena ada acuan nya lah. Hasilnya memang kenyal, dan sangat lembut. Sedap sangat kalau makan dengan gula perang dan kelapa parut.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 cwn / 260g tepung beras
- 2 cwn / 475ml air (masuk sikit-sikit)
- 1 sk garam
- 1-2 sb minyak masak
- 1/2 biji kelapa parut
- Sedikit garam
- Gula perang
- Gula merah
- 1Angkat tepung dan ketepikan.
- 2Gris acuan dengan minyak (sebelah dalam) dan nyiru buluh tempat untuk terap (kalau tak ada boleh ganti tudung periuk atau loyang).
- 3Sukat dan masukkan tepung beras dalam kuali. Sangai selama 5-7 minit atau sampai panas dan tepung rasa ringan.
- 4Sukat masuk air dalam kuali dan masak air sampai mendidih.
- 5Bila air hampir mendidih masukkan garam dan kacau sebati. Tutup api bila air dah mendidih.
- 6Tuang masuk minyak dalam tepung beras tadi dan gaul sebati.
- 7Tuang masuk air panas tadi sedikit demi sedikit dan kacau sebati sampai jadi doh yang bergumpal. Che Nom tak guna semua air, jumlah air anggaran 1 1/2 cawan saja.
- 8Sejukkan doh anggaran 5 minit.
- 9Bila doh dah suam, gris tangan dengan minyak dan uli sampai doh tak melekat.
- 10Masukkan doh dalam acuan dan terap doh atas nyiru buluh atau loyang (kalau guna loyang seloknya lapik dengan daun pisang) yang digris tadi.
- 11Panaskan air kukusan sampai mendidih dan carik masuk dan pandan (pilihan).
- 12Bila air dah mendidh, kukus putu mayam anggaran 5-7 minit.
- 13Keluarkan dan susun atas pingan.
- 1Gaul kelapa parut dengan sedikit garam.
- 2Kukus kelapa parut anggaran 5 minit.
- 3Keluarkan kelapa parut dan sejukkan.
- 1Campur gula perang dan gula merah.
- 2Kacau sampai gula sebati.
- •Tujuan sangai tepung beras dulu adalah untuk bagi tepung lebih wangi dan naik ringgan sama macam teknik masak bahulu
- •Masa terap doh putu mayamm jangan terap tebal sangat atau jangan tindan tebal sangat. Nanti putu mayam kurang beronggan jadi tepu melekat dan tebal, tak sedap la bila makan.
- •Kalau belum makan lepas susun putu mayam atas pinggan, seeloknya tutup dengan kain takut putu mayam jadi keras.
- •Kelapa parut guna yang mesin putih. Kalau dapat kelapa muda lagi sedap.
- •Che Nom saja kukus kelapa parut untuk elak kelapa parut cepat basi.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Pisang Goreng Rangup Berjam-Jam
Goreng pisang yang panas, rangup dan lemak manis, siapa yang tak suka kan? Dalam resepi ni Che Nom akan tunjuk salah sat...
Diterbitkan pada 5 Julai 2022

Apam Mekar Tepung Beras
Resepi Apam Mekar Tepung Beras yang gebu, lembut dan cantik sangat kejadiannya. Caranya cukup mudah dan cepat pula dised...
Diterbitkan pada 7 Januari 2016

Bingka Tepung Beras
Kuih tradisional kenyal lembut dengan rasa lemak santan dan aroma pandan.
Diterbitkan pada 6 Februari 2025

Apam Tepung Beras
Resepi apam tepung beras mudah. ...
Diterbitkan pada 15 Disember 2016
Resepi Terbaru

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.

Kari Kepala Ikan Jenahak
Resepi kari kepala ikan jenahak pekat dan padu, dengan tips tumis pecah minyak untuk aroma wangi semerbak macam di kedai mamak!

Ikan Siakap Masak Asam
Kuah pedas masam yang wangi dan seimbang, disajikan bersama ikan siakap goreng garing yang pasti membuka selera.

Mee Kari Putih Penang
Mee kari dengan kuah putih yang ringan dan jernih, dihidang bersama sambal tumis udang kering yang padu dan lazat.

Bihun Goreng Sarapan Pagi
Resepi bihun goreng yang mudah dan sedap, lengkap dengan tips supaya bihun lembut dan tidak hancur, sesuai untuk sarapan sekeluarga.

Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...