
Resepi Apam Gula Hangus Lembut Dan Gebu
Prep 50 minMasak 20 minJumlah 1 jam 10 minHidangan 8 biji
Jom buat apam gula hangus kukus yang lembut dan gebu, memang nostalgia kuih orang dulu-dulu. Kunci sedapnya pada sirap gula hangus, ikut teknik ni confirm jadi.
Bahan-bahan
Sukatan
Bahan
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 1/2 cawan minyak jagung
- 2 sudu besar majerin atau mentega
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3 sudu besar susu pekat
Cara Buat Apam Gula Hangus
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk X
- 1Sapu acuan dengan minyak dan ketepikan.
- 2Ayak tepung gandum dan baking soda kemudian ketepikan.
- 3Pecahkan telur.
- 4Masuk gula pasir dalam kuali dan panaskan gula (jangan kacau sehingga sehingga gula jadi perang).
- 5Bila dah mula perang, kacau sehingga larut dan masukkan air panas. Biarkan gula larut dan sejukkan.
- 6Masukkan minyak jagung, majerin, telur, esen vanilla dan susu pekat dalam food processor/blender. Kisar sehingga kembang putih (30 saat -1 minit). Masuk secubit garam (jika guna unsalted butter).
- 7Masukkan bahan ayak dan sirap gula hangus yang sejuk. Adun sehingga sebati (angaran 1 minit).
- 8Rehatkan adunan 30 minit 1 minit.
- 9Tuang adunan dalam acuan.
- 10Panaskan periuk pengukus. Kukus selama 15-20 minit.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 sudu kecil baking soda bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 5g (cawan US 240ml).
- 1 cawan gula pasir bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 200g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Kali ni kita beralih pada resepi kuih muih kuih tradisi pula iaitu apam gula hangus, yang dimasak dengan cara mengukus.
Buat peminat-peminat kuih atau kek yg berasakan gula hangus, jom lah cuba sebab tak susah pun. Kuih kegemaran orang-orang lama ni.
Cuma kena tau teknik yang betul untuk hasilkan sirap gula hangus, kerana sirap inilah yang menentukan rasa kuih kita nantidan juga beri perhatian pada proses dan tips sepanjang nak hasilkan kuih ni.
Diterbitkan pada 12 April 202246.8K paparan
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun
30 Mei 2026

Resepi Ayam Belengas Viral
30 Mei 2026

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce
14 Mei 2026

Resepi Set Nasi Kerabu
7 Mei 2026

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam
21 April 2026

Resepi Donut Kampung Lembut Gebu — Tak Serap Minyak & Ada White Ring
9 April 2026








