
Apam Balik
Resepi apam balik ataupun terkenal sebagai Malaysian pancake, memang kebiasaan dijual di pasar malam atau di gerai-gerai makanan. Terdapat 2 jenis apam balik iaitu yang tebal dan gebu, dan satu lagi jenis yang nipis dan rangup. Resepi ini merujuk kepada apam balik yang tebal dan gebu.
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 26 Mac 201645.3K paparan
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan gula
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 biji telur
- 1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
- 1/2 sudu kecil garam
- sedikit pewarna kuning
- Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali
- sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)
- 1 tin jagung krim
- gula pasir secukupnya
Cara Memasak
- 1Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
- 2Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
- 3Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
- 4Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
- 5Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.
- 6Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dan angkat apam balik.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
16 Disember 2025

Ayam Sambal Berlada
16 Disember 2025

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
16 Disember 2025




