Apam Balik Pasar Malam Lembut & Gebu
Hi Semua, kali ini kita ke pasar malam pulak sebab dah lama teringin apam balik versi lembut tebal dan gebu. Mesti ramai yang rindu nak makan kan? Ada sesetengah negeri atau negara lain panggil terang bulan atau martabak manis. Resepi berbeza dari veri nipis yang Che Nom pernah kongsi dulu, dan masak pun mudah, guna kuali non-stick saja. Kita nak dapatkan tekstur berongga tu untuk hasilkan apam balik yang lembut berongga dan gebu. Luarnya pulak masak dengan perang sekata. Walaupun sejuk, apam balik ini masih lagi lembut dan sedap. Che Nom tunjuk juga cara nak buat kacang tanah kisar. Ada banyak tips dalam video kalau anda betul-betul nak buat, sila tonton video di YouTube ok.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 2 ½ sudu kecil serbuk penaik
- ½ sudu kecil soda bikarbonat
- Secubit garam
- ½ cawan gula
- 2 sudu besar mentega atau majerin
- 1 ½ cawan air
- ½ sudu kecil esen vanila
- Sedikit pewarna kuning
- Gula
- 1 mangkuk kecil kacang tanah
- Jagung manis berkrim
- Ketulan mentega
- Majerin, untuk sapuan
- 1Ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan sedikit garam sebagai bahan kering.
- 2Didalam bekas lain sebagai bahan basah, masukkan gula dan telur lalu kacau sehingga kembang dan putih.
- 3Tuangkan bahan basah iaitu adunan telur dan gula kedalam bahan kering.
- 4Masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau adunan.
- 5Tambah air serta kacau sehingga sebati sehingga mendapatkan adunan cair.
- 6Masuk esen vanilla dan sedikit pewarna kuning.
- 7Rehatkan adunan dalam anggaran ½ jam.
- 8Goreng atau sangai kacang tanah mentah sehingga keperangan dan buang kulit kacang tanah.
- 9Kisar sederhana halus kacang tanah mentah.
- 10Tuang adunan kedalam kuali bila kuali betul-betul panas.
- 11Lorek adunan di bahagian tepi kuali untuk mendapatkan bentuk apam balik.
- 12Tutup sekejap agak-agak sampai ¾ masak apam balik (pilihan).
- 13Taburkan gula, serbuk kacang tanah,jagung manis berkrim, dan mentega.
- 14Selepas bahagian tepi apam balik kelihatan perang dan rangup, lipat dan angkat apam balik.
- 15Sapukan majerin pada bahagian apam balik dan kemudian, potong apam balik sebelum dihidang.
- •Tapis jika adunan kelihatan berketul bagi menggelakkan adunan yang telah dicampurkan dengan tepung menjadi keras.
- •Minimumkan masa mengacau adunan selepas adunan telah dicampurkan dengan tepung.
- •Kulit kacang tanah boleh dibuang menggunakan penapis dengan gaulkan sehingga kulit terkeluar dari kacang dan dibuat semasa kacang masih suam-suam panasnya.
- •Gunakan kuali yang tebal dan ‘non-stick’ bagi mengelakkan apam mudah hangus di permukaan dan masak dengan sekata.
- •Boleh saja menambah perisa selain yang digunakan seperti coklat atau keju mengikut citarasa tersendiri.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Biskut Makmur
Resepi Biskut Makmur, resepi kuih yang menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya. Menggunakan kacang tanah yang dikisar...
Diterbitkan pada 20 Ogos 2013

Biskut Kacang Mazola
Jom buat Biskut Mazola klasik yang mudah, sedap dengan rasa lemak masin dan manis secukupnya, sesuai juga untuk berniaga.
Diterbitkan pada 24 Mei 2023
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.