
Resepi Agar-Agar Koktail
Prep 5 minMasak 10 minJumlah 15 min
Agar-agar koktail ni memang senang sangat, guna buah koktel tin je pun dah jadi pencuci mulut yang sedap.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
- 900 ml air
- 1 tin koktel buah-buahan
- 1 tin susu cair
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 1 helai daun pandan
Cara Buat Agar-Agar Koktail
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.
- 2Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.
- 3Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
- 4Tuang di dalam loyang dan sejukkan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi agar-agar koktail yang menggunakan buah-buahan koktel di dalam tin. Juadah pencuci mulut yang begitu mudah untuk disediakan dan bahan-bahan mudah didapati.
Terbaik dihidangkan ketika sejuk, sungguh nyaman dan sedap.
Cuma perlu diingat ketika merebus agar-agar api janganlah terlalu kuat kerana jika menggelegak di atas api yang terlalu kuat susu cari akan berketul-ketul dan teksturnya menjadi tidak cantik.
Diterbitkan pada 25 Jun 201546.9K paparan













