
Resepi Agar-Agar Lapis Milo
Prep 20 minMasak 20 minJumlah 40 min
Agar-agar lapis Milo yang cantik berlapis, manis lemak dan sejuk menyegarkan. Senang sangat nak buat, memang ngam untuk pencuci mulut dan berbuka puasa.
Bahan-bahan
Sukatan
Bahan Utama
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1 bungkus atau 25 gram agar-agar kering
- 6 cawan atau 1200ml air
- 1 tin susu cair
- 1 1/4 cawan gula pasir (ATAU 1 cawan jika anda suka kurang manis)
- 1/3 cawan serbuk milo
- 1/2 sudu teh garam halus
- 2 helai daun pandan
Cara Buat Agar-Agar Lapis Milo
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Basuh agar-agar kering. Masukkan air dan rendam selama 5 minit. Panaskan api dan masak agar-agar sehingga cair dan tidak berketul.
- 2Masukkan gula dan daun pandan yg dicarik dan disimpul. Apabila gula sudah cair, masukkan susu cair dan kacau sebati.
- 3Bahagikan cecair agar-agar kepada nisbah 3 bahagian untuk perasa milo dan 1 bahagian perasa susu.
- 4Untuk perasa milo, masukkan serbuk milo dan serbuk koko. Kacau dengan whisk sehingga sebati. Tuang dalam bekas dan masukkan agar-agar milo di dalam peti ais sehingga permukaan membeku.
- 5Untuk bahagian susu, masukkan garam dan kacau sebati.
- 6Cakar bahagian permukaan agar-agar milo supaya lapisan atas melekat. Tuang bahagian susu di atas lapisan milo dan sejukkan kembali di dalam peti ais.
- 7Apabila beku dan sejuk sepenuhnya, potong dan hidangkan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 sudu besar serbuk koko bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 11g (cawan US 240ml).
- 1/3 cawan serbuk milo bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 40g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi agar-agar lapis milo yang sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut.
Hindangan yang sesuai untuk berbuka puasa.
Amat mudah untuk disediakan, pasti menjadi kegemaran keluarga.
Diterbitkan pada 13 Julai 201419.8K paparan
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Resepi Keropok Lekor Homemade: Lembut, Kenyal & Tak Liat
29 Julai 2026

Resepi Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang
14 Julai 2026

Resepi Kerabu Bunga Kantan
6 Julai 2026

Resepi Mee Goreng Mamak Simple Tapi Padu
6 Julai 2026

Resepi Mee Bandung Power, Kuah Pekat Pedas Berlemak
24 Jun 2026

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun
30 Mei 2026







