ResepiCheNom
Acar Timun Mentah

Resepi Acar Timun Mentah

Prep 10 minJumlah 10 min

Acar Timun Mentah ni memang ngam makan dengan nasi minyak atau nasi tomato, rangup dan segar. Paling best tak perlu masak, cuma gaul je-memang potong lemak untuk hidangan berlemak.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1/2 biji nenas1/2 biji nenas
  • 2-3 biji timun, bergantung kepada saiz2-3 biji timun, bergantung kepada saiz
  • 2 biji bawang besar2 biji bawang besar
  • 2 biji cili merah2 biji cili merah
  • 8 sudu besar cuka8 sudu besar cuka
  • 4 sudu besar gula4 sudu besar gula
  • sedikit garamsedikit garam

Cara Buat Acar Timun Mentah

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Bersihkan nenas dan buang kulit, kemudian hiris nipis.
  2. 2
    Bersihkan timun, buang kulit dan cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang. Hiris nipis
  3. 3
    Hiris nipis bawang merah dan cili merah.
  4. 4
    Gaulkan semua bahan bersama cuka, gula dan sedikit garam sehingga sekata. Siap dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jangan tambah air di dalam acar kerana dengan perlahan air dari buah nenas dan timun akan keluar sendiri selepas dibancuh bersama cuka dan bahan2 lain.
Pro Tips & FAQ

Pro Tips

  • test

    test

Video
Pengenalan

Resepi Acar Timun Mentah yang sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato atau nasi berperisa yang lain. Che Nom sediakan acar ni untuk dimakan bersama nasi tomato.

Cara nak buat acar ni sangat mudah dan tak perlu dimasak. Sebab tu lah dipanggil acar mentah dan bahan-bahan pun mudah sahaja.

Acar ini melengkapkan hidangan nasik yg berminyak kerana kandungan cuka yang tinggi dan sesetengah org panggil hidangan 'potong lemak' kerana boleh menyeimbangkan menu hidangan makanan berlemak dan berminyak.

Diterbitkan pada 1 Julai 2015101.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru