Senarai resepi Che Nom di bawah kategori Pencuci mulut

Puding Jagung Sedap

Resepi Puding Jagung, yang manis dan lemak berkrim. Sesuai dihidangkan sebagai kuih atau pencuci mulut. Cara nak menyediakannya pula sangatlah mudah. Untuk resepi ini, Che Nom cuba mencari jalan yang paling mudah untuk sediakan puding jagung dan sukatannya pun senang untuk diikuti. Rasanya memang memikat selera kami sekeluarga.

Puding Roti Coklat

Resepi Puding Roti Coklat menggunakan lebihan kepingan roti putih yang sudah disimpan beberapa hari. Maksudnya roti yang bukan lagi baru atau fresh. Resepi ini mudah dan sangat sedap. Jika anda selalu sediakan puding roti biasa, apa kata cuba puding roti coklat yang dihidangkan bersama taburan sos coklat. Pasti anak-anak akan …

Puding Karamel Tanpa Telur

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur, dessert atau pencuci mulut yang sangat sedap. Sesuai untuk sesetengah orang yang kurang gemar dengan puding karamel yang menggunakan banyak telur atau sensitif kepada rasa hanyir telur. Cara pun mudah kerana puding ini tak perlu dibakar atau dikukus, cuma sejukkan di dalam peti ais sehingga …

Puding Karamel Sedap

Resepi Puding Karamel yang amat mudah disediakan dan rasanya memang sedap. Sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu dan masa untuk menyediakannya pun tidak terlalu lama. Bahan-bahannya pun cuma menggunakan bahan asas di dapur sahaja. Puding karamel boleh disediakan dengan melalui dua kaedah iaitu kukus atau bakar dengan cara waterbath. Perbezaannya ialah, …

Agar-Agar Sirap Selasih

Resepi Agar-Agar Sirap Selasih, agar-agar yang menarik tapi menggunakan bahan yang cukup mudah. Warna yang ceria pasti membuatkan anak-anak suka. Agar-agar ini sedap dihidangkan sejuk sebagai pencuci mulut dan juadah berbuka puasa.

Bubur Jagung

Resepi Bubur Jagung, paling sedap buat hidangan minum petang. Resepi yang mudah, tetapi sungguh membuka selera. Kalau ada jagung segar anda boleh cuba masak bubur jagung. Che Nom letak gula melaka sebagai tambahan kepada gula pasir biasa. Untuk santan pula, seeloknya digunakan santan segar kerana rasanya lebih enak berbanding santan …

Puding Sagu Gula Melaka

Resepi Puding Sagu Gula Melaka, hidangan pencuci mulut yang boleh disediakan di majlis istimewa. Bagi Che Nom, walaupun resepinya mudah tetapi sangat versatile jika dihidangkan dengan cantik dan kemas. Terima Kasih kepada blog kak Azlita Masam Manis kerana tips membilas sagu supaya hilang kanjinya. Dengan cara itu, sagu akan lebih …

Bubur Kacang Hijau

Resepi Bubur Kacang Hijau yg sangat sedap. Tak susah nk buat bubur ni, cuma rendam kacang hijau semalaman dan rebus sehingga lembut. Lagi mudah jika anda mempunyai pressure cooker. Dalam masa 10 minit kacang sudah pecah dan lembut. Che Nom memang sangat menggemari bubur kacang, dimakan bersama roti atau pun …

Bubur Cha Cha

Resepi Bubur Cha Cha, hidangan pencuci mulut zaman berzaman yang sangat sedap dan menyelerakan. Sesuai dihidang untuk minum petang ataupun di hari keramaian. Masakan bubur cha cha ni sangatlah mudah, cuma pastikan anda menggunakan santan yang segar sebagai bahan utama, pasti rasanya sedap. Resepi ini agak berbeza daripada verisi pencuci …

Serawa Durian dan Pulut Kukus

Entri kali ini adalah resepi masakan khas buat penggemar durian. Serawa durian atau pun pengat durian memang sesuai disajikan sebagai hidangan pencuci mulut. Ada juga sesetengah tempat panggil hidangan ini sebagai bubur durian. Yang pasti cara masakannya adalah lebih kurang sama. Untuk resepi ni Che Nom hanya masukkan sedikit gula …

Badak Berendam

Resepi badak berendan yang sesuai dimakan sebagai pencuci mulut. Che Nom buat 2 warna supaya nampak menarik dan menyelerakan. Selamat mencuba :)

Agar-agar Koktail

Resepi agar-agar koktail yang menggunakan buah-buahan koktel di dalam tin. Juadah pencuci mulut yang begitu mudah untuk disediakan dan bahan-bahan mudah didapati. Terbaik dihidangkan ketika sejuk, sungguh nyaman dan sedap. Cuma perlu diingat ketika merebus agar-agar api janganlah terlalu kuat kerana jika menggelegak di atas api yang terlalu kuat susu …

More