ResepiCheNom
Butir Nangka

Resepi Butir Nangka

Prep 10 minMasak 10 minJumlah 20 min

Butir Nangka pencuci mulut tradisi Pantai Timur, kenyal-kenyal manis dengan kuah gula yang wangi. Jangan lupa halba, itu yang buat rasa dia jadi unik dan sedap.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Biji Butir Nangka

  • 3-4 cawan tepung beras pulut3-4 cawan tepung beras pulut
  • 1 sudu kecil air kapur1 sudu kecil air kapur3g
  • secubit garamsecubit garam
  • airair
  • pewarna makanan secukupnyapewarna makanan secukupnya

Bahan Untuk Kuah

  • 2-3 mangkuk besar santan dari 1/2 biji kelapa ATAU 1 kotak santan segera2-3 mangkuk besar santan dari 1/2 biji kelapa ATAU 1 kotak santan segera
  • sehelai daun pandan, carik dan simpulsehelai daun pandan, carik dan simpul
  • 1 sudu kecil rempah biji halba1 sudu kecil rempah biji halba4g
  • gulagula
  • garamgaram

Cara Buat Butir Nangka

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Biji Butir Nangka

  1. 1
    Panaskan air di dalam periuk.
  2. 2
    Bancuh air kapur bersama air dan garam. Tuangkan sedikit demi sedikit ke atas tepung pulut. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. 3
    Bahagikan doh dan uli bersama beberapa titik pewarna kesukaan anda sehingga warna doh sekata. Cubit sedikit dan bentukkan doh menjadi bujur. Ulang proses sehingga doh habis.
  4. 4
    Rebus butir doh di dalam air panas tadi sehingga timbul di permukaan dan kautkan ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk biasa.

Untuk Kuah

  1. 1
    Panaskan santan di atas api perlahan.
  2. 2
    Masukkan biji halba dan daun pandan.
  3. 3
    Kemudian masukkan biji butir nangka yang telah ditapis dari air rendaman tadi.
  4. 4
    Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  5. 5
    Kacau kuah dengan perlahan sehingga mendidih dan tutup api.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 sudu kecil air kapur bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 3g (cawan US 240ml).
1 sudu kecil rempah biji halba bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 4g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kuah akan lebih sedap jika anda gunakan santan segar berbanding santan kotak.
  • Kuah juga harus lebih rasa manisnya. Anda harus pandai mengagak gula yang perlu dimasukkan ke dalam kuah mengikut citarasa sendiri.
Pengenalan

Resepi Butir Nangka ialah sejenis pemanis mulut tradisi dari pantai timur.

Dalam catatan resepi di bawah, Che Nom gunakan gula pasir sahaja.

Boleh juga jika anda nak masukkan nisan atau gula melaka di dalam kuahnya dan warna kuah akan bertukar menjadi sedikit perang.Bagi Che Nom, bahan yang paling penting ialah halba kerana ia memberi rasa yang sangat unik kepada hidangan ini.

Diterbitkan pada 11 Februari 201861.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru